June 18, 2024

Kehadiran ultras sepak takraw beri impak positif



sukan@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Kehadiran ultras sepak takraw Malaysia dan sorakan penuh penyokong ternyata memberi impak positif buat pasukan negara apabila ia berjaya mengganggu fokus pasukan lawan.

Pemain double Jepun, Ryota Haruhara berkata, dia mengakui sedikit perasaan gementar apabila melihat penyokong yang hadir ke Stadium Titiwangsa selain menyifatkan atmosfera amat bagus hari ini.

Dia mengakui Jepun dan Malaysia sememangnya mempunyai tahap permainan sangat berbeza dan skuad negara bermain begitu baik.

“Penonton di sini begitu meriah dan ada sokongan tambahan dari ultras. Saya kagum melihat suasana di stadium ini sehingga ia mengganggu fokus dan gaya permainan kami.

“Saya lihat pemain Malaysia hari ini amat hebat dan corak permainan mereka begitu bagus.

“Perlawanan seperti ini sedikit sebanyak membantu kami mempertingkatkan lagi permainan pada masa akan datang,” katanya.

Terdahulu, dalam perlawanan double Kumpulan A, Jepun terpaksa akur apabila tewas straight set 9-15, 3-15 kepada skuad negara.

Biarpun tewas, harapan untuk ke suku akhir masih terbuka apabila mereka merakam kemenangan pertama ke atas Brunei 15-13, 15-10 sambil mengharapkan Malaysia mencatat kemenangan ke atas Brunei dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan, esok.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top