Polis kesan lelaki dipercayai cabul, liwat dua pelajar

Polis kesan lelaki dipercayai cabul, liwat dua pelajar


am@hmetro.com.my

Shah Alam: Polis sedang menyiasat dan mengesan seorang suspek yang disyaki melakukan jenayah liwat dan cabul dua pelajar lelaki sebuah kolej di sini.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Sarudin Samah berkata, pihaknya menerima laporan daripada dua remaja lelaki berusia 15 tahun yang juga pelajar di sebuah kolej di Glenmarie, terhadap salah seorang pekerja di kolej yang sama.

“Siasatan mendapati, mangsa pertama mendakwa dia dicabul ketika berada di tandas asrama kolej berkenaan.

“Seorang lagi mangsa mendakwa diliwat ketika berada di rumah suspek yang sama di Seksyen 18, Shah Alam.

“Suspek kejadian yang berusia 30an itu sudah dikenal pasti dam semakan mendapati suspek mempunyai satu rekod jenayah lampau kesalahan amang seksual terhadap kanak-kanak,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sarudin berkata, ketika ini, polis sedang giat mengesan dan menangkap suspek warga tempatan itu.

“Kes ini masih dalam siasatan, pihak polis akan memaklumkan perkembangan semula.

“Kes pertama disiasat mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 manakala satu lagi siasatan dijalankan di bawah Seksyen 377C Kanun Keseksaan.

Katanya, individu yang mempunyai maklumat lanjut mengenai kejadian terbabit boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Jenayah Inspektor Mohd Razi Sahari di talian 019-5717076 dan Inspektor Muhamad Zamri Abdul Rahman di talian 0111-6652402.

Terdahulu, tular di media sosial Threads oleh pemilik akaun @itsmeee_syauqie yang mendakwa terdapat kejadian seorang individu disyaki warganegara tempatan melakukan jenayah liwat terhadap dua mangsa sehingga trauma dan suspek berada di sekitar kawasan Seksyen 18 Shah Alam.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top