July 27, 2024

Kelahiran Pakistan ABTAHA MAQSOOD Atlet Kriket Antarabangsa Berhijab Pertama Di England – Hijabista

Kelahiran Pakistan ABTAHA MAQSOOD Atlet Kriket Antarabangsa Berhijab Pertama Di England – Hijabista

Abtaha Maqsood merupakan wanita Islam berhijab pertama di England yang menjadi atlet kriket antarabangsa. Kisahnya mencetuskan inspirasi sehingga muncul dalam sebuah siri televisyen kanak-kanak BBC membaca buku tentang hijab dalam Islam.

Kredit Foto: abtaha_m

Dalam siri itu, Abtaha Maqsood membaca cerita bertajuk “Not Now, Noor!” ditulis oleh Farhana Islam dan Nabila Adani bagi episod CBeebies Bedtime Stories.

Aksinya membaca cerita tentang hijab disiarkan di BBC.

Kredit Foto: abtaha_m

Kisah yang dibaca oleh Abtaha Maqsood ialah tentang seorang gadis muda bernama Noor yang tertanya-tanya mengapa wanita dalam keluarganya memakai tudung.

“Ini menunjukkan mengapa hijab sangat penting bagi kebanyakan wanita Islam,” kata Maqsood.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Abtaha Maqsood (@abtaha_m)

Menurut atlet kriket ini, hijab adalah tentang kesopanan dan identiti yang jelas sebagai seorang Muslim. Dia juga bangga menjadi seorang Muslim.

“Ini adalah mesej yang sangat baik dan manis untuk kanak-kanak,” katanya.

Kredit Foto: abtaha_m

Sebab dia memilih cerita itu, Maqsood memberitahu The Mirror bahawa ia adalah cara mudah dan jujur ​​untuk memberi gambaran sebenar cara memakai tudung dan maknanya kepada wanita Islam di luar sana. Cerita yang dibaca itu dapat menjawab persoalan kanak-kanak di samping sebagai hiburan.

Menurut Abtaha Maqsood lagi, kisah yang dibacanya menggambarkan pengalamannya sendiri dalam Islam. Dia memakai tudung sejak usia muda dan menjadi hijabi pertama bertanding dalam kejohanan kriket The Hundred pada 2021.

Kredit Foto: abtaha_m

Dia juga wanita pertama berketurunan Pakistan bermain kriket antarabangsa untuk Scotland.

“Ia adalah satu pemikiran untuk memakai tudung untuk bermain kriket. Ia bukan penghalang dan saya akan terus melakukannya,” ungkap Abtaha Maqsood.

“Bertudung ketika bermain kriket di stadium besar seperti Edgbaston merupakan satu mesej penting kepada orang ramai bahawa tidak kira apa yang anda pakai, bagaimana rupanya, anda masih boleh melakukan apa sahaja yang dimahukan. Sekaligus merealisasikan impian anda,” sambungnya.

Kredit Foto: abtaha_m

BACA JUGA: Digelar ‘Megatron’ MEGAWATI HANGESTRI Atlet Bola Tampar Berhijab Pertama Beraksi Di Liga Korea

BACA JUGA: KULSOOM ABDULLAH Atlet Angkat Berat Berhijab Pertama Dalam Sejarah Dunia

Kredit Foto: abtaha_m
Kredit Foto: abtaha_m

Jelas wanita berusia 24 tahun ini, dahulunya dia tidak ada role model wanita bertudung yang bermain sukan profesional di peringkat antarabangsa.

Justeru, kini dia berazam untuk menjadi role model kepada wanita-wanita di luar sana.

Kredit Foto: abtaha_m

“Saya ingin memberi inspirasi kepada orang lain bahawa apa sahaja boleh dilakukan. Anda boleh menjadi Muslim dan menjadi pemain kriket, atau pemain bola sepak, atau apa sahaja,” kata Abtaha Maqsood.

Pada masa ini Abtaha Maqsood merupakan atlet kriket untuk pasukan Birmingham Phoenix, England. Kelab tempat dia bermain mencipta tudung sukan khas buat Abtaha Maqsood untuk keselesaannya ketika perlawanan.

 

The post Kelahiran Pakistan ABTAHA MAQSOOD Atlet Kriket Antarabangsa Berhijab Pertama Di England appeared first on Hijabista.

OR

Scroll to Top