June 14, 2024

Buat Pertama Kalinya NASA Mencipta Tudung Khas Untuk Angkasawan Nora Al Matrooshi – Hijabista

Siapa tidak kenal dengan pasangan suami isteri Korea-Melayu yang juga ‘content creator’ bagi akaun @duriankimchi, Ryzal Ibrahim dan isteri Maryam Younarae yang sering menjadi sorotan netizen terutamanya setelah bergelar ibu bapa kepada seorang cahaya mata perempuan bernama Rina.

Terbaharu, pasangan ini sekali lagi menjadi perhatian wargamaya, apabila Ryzal membuat kejutan membawa Maryam menaiki helikopter bersempena hari ulangtahun kelahiran isterinya itu.

Maryam Beruntung, Ryzal Ada ‘Ciri’ Lelaki K-Drama!

Video tindakkan Ryzal yang membahagiakan isterinya, mencipta kenangan pada hari istimewa penuh bersejarah itu telah menjadi bualan hangat dikalangan warganet.

Tambahan pula, Maryam yang menerima kejutan sedemikian terlihat gembira, malah jelas terpancar riak wajah bahagia dan teruja apabila pertama kali berpeluang menaiki helikopter bersama suami tercinta.

Paparan rakaman video seminit itu menunjukkan Maryam dan Ryzal menaiki helikopter bersama. Lebih mengujakan lagi apabila Maryam turut menerima hadiah dari sang suami.

@ryzalibrhmHappy 41st Birthday Sayang♬ Anugerah Terindah – Alif Satar & The Locos

“Happy 41st birthday sayang,”  seloroh Ryzal ringkas, di ruangan kapsyen mengusik usia isterinya yabg semakin bertambah itu.

Artikel berkaitan: Tampil Berhijab Dalam Busana Jubah Putih, Kejelitaan Maryam Younarae Dipuji! Cantik Bak ‘Bidadari’

Hijabista sempat meninjau ruangan komen pada hantaran berkenaan, rata-rata wargamaya menzahirkan rasa terharu dengan penghargaan yang diberikan Ryzal terhadap Maryam, selain itu ramai juga yang meninggalkan komen positif tentang hubungan pasangan suami isteri ini.

Berikut merupakan beberapa komen yang berjaya mencuri perhatian Hijabista, antaranya:

“Dia dapat ciri-ciri lelaki kdrama dekat Malaysia.

“Bertuah Maryam dapat Ryzal. Bertuah jugak Ryzal sebab dapat Maryam.

“Bertuah Maryam ditemukan dengan lelaki yang menghargainya.

“Cantiknya dia, tapi umur Maryan macam salah je.

Bagaimanapun, ketika meninjau laman Instagram milik Maryam, hantaran berkenaan hari lahirnya itu turut dihujani dengan doa dan komen positif dari netizen.

Maryam turut, memuatnaik dua keping foto dirinya dengan wajah yang terukir senyum kegembiraan di laman Instagram, berserta kapsyen ringkas “Happy birthday to me,” tulisnya.

Sumber: Instagram Maryamyunrrr & Tik Tok Ryzal Ibrahim

Artikel berkaitan: “Dah Dia Memang Lawo Dia Sidai Gitu Je Dah Cantik…” Maryam Buat Tutorial Tudung Ramai Yang Tak Keruan.

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI

OR

Scroll to Top