Kelantan bidik kejuaraan di 7s kebangsaan

Kelantan bidik kejuaraan di 7s kebangsaan


Aksi pemain Kelantan semasa Kejohanan Kelantan 7s baru-baru ini. Foto Persatuan Ragbi Negeri Kelantan

PASUKAN ragbi tujuh sebelah (7s) lelaki Kelantan meletakkan sasaran tinggi untuk muncul juara pada Kejohanan Ragbi 7s Kebangsaan 2025 yang akan berlangsung di Kuala Terengganu, Terengganu bermula Jumaat ini.

Menurut pengurus pasukan, Muhammad Aliff Haiqal Rosli, penyertaan Kelantan tahun ini dalam tiga kategori Lelaki Terbuka, Lelaki Bawah 21 Tahun (B-21) dan Wanita B-21 turut menjadi medan untuk menyatukan semula pemain-pemain negeri itu yang sebelum ini beraksi bersama pasukan lain.

“Objektif utama kami adalah untuk mengumpulkan semula pemain-pemain Kelantan yang sebelum ini mewakili negeri lain. Bagi edisi kali ini, sasaran kami jelas kami mahu muncul juara,” katanya kepada Sukan Sinar.

Mengulas mengenai kekuatan pasukan lawan, Aliff berkata, pihaknya tidak memandang ringan keupayaan pasukan lain seperti Selangor, Terengganu dan Johor yang disifatkan mempunyai persediaan rapi serta barisan pemain berpengalaman.

“Kami menilai kekuatan pasukan berdasarkan tahap persiapan masing-masing. Sebagai contoh, Selangor telah memulakan latihan lebih awal sekitar dua bulan dan turut diperkuat dengan pemain-pemain berpengalaman,” katanya.

Tambah beliau, penyertaan kali ini juga menyaksikan kemunculan ramai muka baharu terutama dalam pasukan-pasukan junior yang menjadi manifestasi keberkesanan program pembangunan akar umbi ragbi Kelantan.

“Bagi pasukan senior, majoriti pemain sudah berpengalaman beraksi di peringkat tinggi. Namun untuk pasukan bawah 21 tahun lelaki dan wanita, ramai pemain muda, malah sebahagian besar daripada pasukan wanita junior masih lagi bersekolah,” katanya.

INFO

KEJOHANAN RAGBI TUJUH SEBELAH 2025

LELAKI TERBUKA

 

1. ATM

 

2. PDRM

 

3. Perlis

 

4. Terengganu

 

5. Johor

 

6. Putrajaya

 

7. Pahang

 

8. Selangor

 

9. Negeri Sembilan

 

10. Kelantan

 

11. Sarawak

 

12. Melaka

WANITA TERBUKA

 

1. ATM

 

2. Selangor

 

3. Perlis

 

4. Terengganu

 

5. Johor

 

6. Sarawak

 

7. Melaka

LELAKI BAWAH 21

 

1. Perak

 

2. Kuala Lumpur

 

3. Perlis

 

4. Terengganu

 

5. Johor

 

6. Kedah

 

7. Pahang

 

8. Selangor

 

9. Negeri Sembilan

 

10. Kelantan

 

11. Sarawak

 

12. Melaka

WANITA BAWAH B21

 

1. Labuan

 

2. Kedah

 

3. Melaka

 

4. Terengganu

 

5. Johor

 

6. Sarawak

 

7. Pahang

 

8. Selangor

 

9. Perak

 

10. Kelantan

 



Source link

OR

Scroll to Top