Kelantan TRW rehatkan Elavarasan

Kelantan TRW rehatkan Elavarasan

Kelantan TRW rehatkan Elavarasan


Akmal Rizal dan Elavarasan

PENGENDALI Kelantan The Real Warriors (Kelantan TRW) E Elavarasan direhatkan serta-merta.

Sumber rapat berkata, tindakan itu susulan prestasi tidak menentu yang direkokan Kelantan TRW semasa di bawah kendalian jurulatih berkenaan.

“Bagi menggantikan Elavarasan, pengurusan sepakat memilih bekas pengendali Pulau Pinang, Akmal Rizal Ahmad Rakhli sebagai pengganti,” katanya.

Menurut sumber itu lagi, Akmal Rizal akan dibantu oleh penolong jurulatih, Zairul Fitree Ishak.

Katanya, Zairul Fitree pernah bermain bersama Akmal Rizal ketika penyerang itu bermain dengan The Red Warriors.

Sumber berkata, bekas penyerang itu sudah tiba di Kota Bharu untuk mengendalikan pasukan.

Ujarnya, ujian pertama Akmal Rizal ialah bersama Kelantan TRW pada aksi suku akhir pertama menentang Sabah FC di Stadium Sultan Muhammad IV pada Jumaat.

“Keputusan merehatkan Elavarasan tepat susulan prestasi tidak menentu pasukan terutama selepas tewas 1-4 kepada Terengganu FC baru-baru ini,” katanya.

Selepas mengharungi tujuh perlawanan, Kelantan TRW menduduki tangga ketujuh selepas meraih lapan mata.

Kejayaan besar Elavarasan membawa Kelantan TRW mara ke aksi suku akhir pertama Piala FA musim ini.

Ringkasan AI

  • PENGENDALI Kelantan TRW E Elavarasan direhatkan serta-merta
  • Prestasi tidak menentu Kelantan TRW di bawah kendalian Elavarasan
  • Akmal Rizal Ahmad Rakhli dipilih menggantikan Elavarasan sebagai pengendali baru
  • Akmal Rizal akan dibantu oleh penolong jurulatih, Zairul Fitree Ishak
  • Ujian pertama Akmal Rizal ialah aksi suku akhir pertama menentang Sabah FC



Source link

OR

Scroll to Top