Skuad B-19 akan membawa cabaran negara pada Kelayakan Piala Asia B-20 di Laos dari 31 Ogos hingga 6 September 2026. – Foto: Persatuan Bolasepak Malaysia
SKUAD bawah 19 tahun (B-19) negara kendalian Nafuzi Zain diundi dalam Kumpulan H bersama Australia, Indonesia dan Laos bagi saingan Kelayakan Piala Asia B-20 2027 yang akan berlangsung di Laos dari 31 Ogos hingga 6 September 2026.
Undian tersebut meletakkan Malaysia dalam kumpulan yang dilihat mencabar apabila perlu berdepan Australia yang merupakan antara kuasa utama bola sepak Asia, selain Indonesia serta tuan rumah, Laos.
Saingan kelayakan itu akan menentukan laluan ke pusingan akhir Piala Asia B-20 2027 yang dijadual berlangsung di China pada Mac 2027.
Mengikut format kejohanan, juara setiap kumpulan daripada lapan kumpulan keseluruhan akan layak secara automatik di samping tujuh pasukan tempat kedua terbaik kumpulan serta tuan rumah, China.






