Kemasukan IPTA diperluas, 50,000 lepasan tahfiz & pondok terima manfaat -Adam Adli

Kemasukan IPTA diperluas, 50,000 lepasan tahfiz & pondok terima manfaat -Adam Adli

Kemasukan IPTA diperluas, 50,000 lepasan tahfiz & pondok terima manfaat -Adam Adli


Kira-kira 50,000 lepasan tahfiz dan pondok persendirian dijangka mendapat manfaat susulan keputusan kerajaan membuka laluan kemasukan ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) bagi pelajar daripada aliran pendidikan di luar sistem pendidikan kebangsaan.

Memetik laporan daripada Bernama Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Adam Adli Abd Halim menyatakan, keputusan Kabinet itu melibatkan lepasan sekolah atau institusi tahfiz, sekolah swasta serta Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC/UEC).

Penambahan paling signifikan kepada pelajar aliran agama

Menurut beliau, walaupun sebelum ini terdapat lepasan tahfiz yang melanjutkan pengajian ke IPTA melalui peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), keputusan terbaru itu menjadi penambahan paling signifikan khususnya kepada pelajar aliran agama.

“Untuk lepasan pondok persendirian, terdapat kira-kira 50,000 orang manakala lepasan SMPC/UEC tidak sampai 9,000 orang.
“Jadi, penambahan yang paling signifikan ialah kepada pelajar aliran agama… kita akan bagi peluang untuk mereka melanjutkan pelajaran di universiti awam,” katanya selepas menghadiri Program Temu Siswa (Tesis) Zon Utara di Universiti Teknologi MARA Kedah.

Harap keputusan kabinet tidak dipolemikkan

Dalam pada itu, Adam Adli berharap keputusan Kabinet tersebut tidak dipolemikkan dan meminta semua pihak memberi ruang untuk perbincangan lebih terbuka.

“Bagi masa kepada situasi ini untuk reda sedikit dan pastikan apabila kita mengulas hal ini, kita ambil pandangan pelbagai pihak… kita tidak menolak tepi keresahan dan kita tidak menafikan bantahan… kita buka perbincangan yang lebih luas.
“Kita harap situasi ini dapat diuruskan dengan baik supaya boleh membawa kepada impak positif seperti yang diharapkan,” katanya.

Beliau turut memaklumkan pelbagai isu dibangkitkan mahasiswa dalam Program Tesis Zon Utara termasuk kebajikan, akademik, laluan kerjaya dan cabaran ekonomi yang memberi kesan kepada penuntut institusi pengajian tinggi.

Sumber: Bernama 





Source link

OR

Scroll to Top