July 27, 2024

Kematian anak, cucu saya pengorbanan bebaskan al-Aqsa – Ismail

Kematian anak, cucu saya pengorbanan bebaskan al-Aqsa – Ismail


DOHA – Pemimpin kanan Hamas Ismail Ismail Haiyeh tidak berduka dengan kematian tiga anak dan cucunya yang dilaporkan maut selepas dibom oleh tentera Israel.

Ismail sebaliknya menzahirkan rasa syukur kepada Allah atas penghormatan yang diberikan olehNya kepada mereka melalui kesyahidan anak-anak dan cucu-cucunya serta 60 ahli keluarganya yang lain.

Menurut beliau dengan dengan kesakitan dan darah yang tumpah penduduk Palestin mencipta harapan, masa depan dan kebebasan untuk tujuan dan negara mereka.

“Anak-anak lelaki saya yang mati syahid mencapai kehormatan masa, kehormatan tempat, dan kehormatan kesimpulan. Anak-anak saya tinggal bersama rakyat kami di Semenanjung Gaza dan tidak meninggalkan Semenanjung.

“Semua rakyat kita dan semua keluarga penduduk Gaza telah membayar harga yang mahal dengan darah anak-anak mereka, dan saya adalah salah seorang daripada mereka.

“Hampir 60 ahli keluarga saya syahid, seperti semua rakyat Palestin, dan tidak ada perbezaan antara mereka,” katanya dalam kenyataan.

Bekas Perdana Menteri Gaza itu berkata, tentera Israel percaya dengan dengan menyasarkan anak-anak pemimpin mereka akan memecahkan keazaman rakyat Palestin,

Bagaimanapun tindakan tersebut menjadikan mereka lebih teguh dalam prinsip dan kepatuhan kepada pembebasan Palestin.

“Musuh tidak akan berjaya dalam matlamat mereka dan ‘istana’ tidak akan runtuh.

“Musuh berkhayal jika mereka berfikir bahawa dengan membunuh anak-anak saya, kami akan menukar kedudukan kami.

“Darah anak-anak saya tidak lebih berharga daripada darah orang-orang kita yang mati syahid di Gaza, kerana mereka semua adalah anak-anak saya,” tegasnya.

Foto tiga anak Ismail Haniyeh yang terkorban.

Ismail berkata, tentera pejuang Palestin tidak akan akan berundur sebaliknya terus mara untuk membebaskan Al-Quds dan Al-Aqsa.

Rakyat Palestin juga tidak akan tunduk kepada pemerasan yang dilakukan oleh Israel.

“Kami tidak akan berkompromi dan kami tidak akan mengabaikan, tidak kira betapa besar pengorbanan kami,” katanya.

Media melaporkan tiga anak dan tiga cucu Ismail yang terbunuh adalah Hazem Haniyeh dan anak perempuannya Amal, Amir Haniyeh dan anak lelali Khaled serta anak perempuannya Razan serta Muhammad Haniyeh.

Semua mereka terkorban selepas kereta yang dinaiki mereka di kawasan kem pelarian Al-Shati menjadi sasaran tentera zionis.-Agensi

ARTIKEL BERKAITAN:

Tiga anak, tiga cucu Ismail Haniyeh maut dibom Israel



Source link

OR

Scroll to Top