September 8, 2024

Kembara JOM: Kerajaan sedia terima kritikan anak muda – Adam

Kembara JOM: Kerajaan sedia terima kritikan anak muda – Adam


KUANTAN – Kerajaan bersedia menerima kritikan daripada anak muda pada sesi dialog dalam destinasi Kembara Jumpa Orang Muda (Kembara JOM).

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abd Halim berkata, platform tersebut dilihat relevan bagi mendengar suara golongan belia dan memberikan peluang untuk bersuara menzahirkan kritikan.

”Daripada destinasi kita buat kembara orang muda kita memang bersedia mendengar kritikan paling tajam sehingga pujian paling melambung. Yang penting mesti  bagi peluang kepada mereka untuk bersuara dan sebagai kerajaan kita mesti bersedia untuk mendengar.

”Kritikan ada yang bercakap mengenai elaun, soalan dasar negara sendiri, itu semua mereka bercakap tentang realistik dan realiti hari ini. Kita tak boleh sepikan diri dan elak, kita kena interact dan dengar

”Bila kita diberi peluang dan ruang kita akan perbetulkan, kadang-kadang pemesongan fakta berlaku jadi kita kena kemukakan balik supaya diberi peluang untuk belajar. Kita belajar daripada itu dan mereka belajar daripada kita,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media program Kembara JOM, di sini, hari ini.

Sementara itu, Adam berkata, isu yang ditekankan dalam sesi dialog membabitkan kos sara hidup, peluang pekerjaan, gaji dan pendidikan.

”Tiga isu ini memang teras, program menang banyak kita buat, peluang banyak buka, itu semua kita jadikan sebagai sokongan sistem.

“Kena bagi peluang dan pengalaman kepada orang muda untuk berinteraksi bukan sahaja dari laman media sosial,” katanya. – MalaysiaGazette



Source link

OR

Scroll to Top