KELANTAN Darul Naim FC (KDN FC) meraikan kemenangan sulung dalam Liga Super selepas menewaskan Polis Diraja Malaysia (PDRM) FC 1-0 di Stadium Sultan Muhammad IV.
Kemenangan di halaman sendiri itu dihadiahkan pemain tengah KDN FC Oday Ali Kharoub yang menjadi penyelamat melalui sepakan penalti pada minit 28.
Semangat pasukan Kijang Emas juga dapat dilihat selepas gol yang dijaringkan walaupun dilayangkan dua kad kuning.
Permulaan babak pertama bermula perlahan apabila pemain kedua-dua pasukan gagal dalam percubaan menjaring gol.
Percubaan oleh pemain KDN FC, Bae Kyeonghwan pada minit ketiga tidak menembusi gawang dan percubaan pemain PDRM, Ifedayo Olusegun seminit kemudian juga gagal.
Sepakan percuma oleh pemain KDN FC, Chidi Emma pada minit ke-18 sekali lagi gagal dan tidak sampai seminit, pemain tengah pasukan itu, Muhammad Zuasyraf Zulkifli dilayangkan kad kuning selepas mengasari penyerang nombor sembilan PDRM, Bruno Junichi Suzuki.
Perlawanan diteruskan namun pemain pertahanan KDN FC, Michal Jerabek dijatuhkan dalam kotak penalti selepas cuba menanduk hantaran sepakan percuma Oday Ali Kharoub.
Pada minit ke 28, Oday Ali Kharoub menghadiahkan jaringan pertama KDN FC melalui sepakan penalti selepas semakan video bantuan pengadil.
Keputusan separuh masa pertama KDN FC 1, PDRM 0.
Babak kedua perlawanan diteruskan dengan Kelantan veldumar berjaya mnakringkan gol, namun tidak disahkam apabila dikesan ‘offside’.
Dorongan bola daripada Oday, hampir menambah jaringan Kijang Emas pada minit 63 namun tandukan tinggi Bae Kyeonghwan melepasi gol.
Empat minit kemudian, kad kuning kedua untuk KDN FC dilayangkan kepada Mior Dani Armin Mior Ariffin pada minit 67.
Babak seterusnya menyaksikan tandukan pemain KDN FC, Valdumar Augusto yang dihantar Asraff Alifuddin pada minit 77 gagal menembusi gol.
Penjaga gol KDN FC Mohd Muhaimin Mohamad juga cemerlang menafikan beberapa percubaan The Cops.
Seramai 2132 penyokong hadir menyaksikan keputusan akhir perlawanan 1-0.
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!
OR