Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza tampil menjawab hantaran seorang netizen susulan dakwaan kritikan terhadap Konsert Legacy 30 Siti Nurhaliza pada Sabtu lalu.
Menerusi hantaran di Threads, Siti membalas pertanyaan netizen yang bertanyakan adakah beliau pernah menolak permintaan individu berkenaan untuk menjadi penganjut konsertnya.
BACA: Siti Nurhaliza Rujuk Doktor Pakar Untuk Pulihkan Suara
Siti turut mendedahkan tidak pernah menerima apa-apa tawaran daripada individu berkenaan serta berseloroh memetik lirik lagu, Jerat Percintaan.

“Saya rasa tak pernah ada tawaran.. Kenapa yek dia buat begitu? Apakah salah saya pada dia? Apakah yang telah saya lakukan? “Oh apakah kita kan teruskan.. di dalam arus percintaan.. perlukah kitaaaa… “. Haaaa sambung!!!” tulisnya.
Konsert Legacy 30 Siti Nurhaliza yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil baru-baru ini dihadiri lebih 65,000 peminat .






