Pendakwah bebas, PU Rahmat tampil mempertahankan pelakon Nadzmi Adhwa yang membenarkan isterinya Ardell Aryana menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla 2.0.
Menerusi satu perkongsian di Threads, PU Rahmat berkata ianya hak masing-masing seadainya tidak membenarkan isteri untuk sertai namun tidak perlu menghalang Nadzmi yang izinkan Ardell untuk berjuang.
BACA: “Hanya Mas Kahwin RM300 & Al-Quran, Itu Saja Permintaan Ardell Untuk Saya Halalkan”

Sementara itu, Rahmat berkata wanita juga mempunyai potensi untuk menjadi hebat di sisi Allah serta menyumbang kepada agama.
Dalam pada itu, Rahmat turut berseloroh seandainya berkahwin kelak, dia mahu isterinya bersahabat dengan Ardell.
Tambahnya lagi, PU Rahmat mengakui ayatnya kedengaran kasar namun seandainya ada yang terasa itu tanda hati masih hidup.






