July 27, 2024

Kenapa Pas Pahang tak ucap tahniah kejayaan MNTP? – Kamil

Kenapa Pas Pahang tak ucap tahniah kejayaan MNTP? – Kamil


KUANTAN – Kejayaan Maahad Tahfiz Negeri Pahang (MTNP) yang mencatat pencapaian Gred Purata Sekolah (GPS) tertinggi 1.07 pada keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 merupakan antara usaha kerajaan negeri memperkasakan dakwah Islam di negeri itu.

Namun Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Pahang, Mohd Kamil Ibrahim mempersoalkan kenapa tiada sebarang ucapan tahniah terhadap pencapaian membanggakan itu daripada pembangkang khusunya Pas.

”Pas Pahang berulang kali mengotori mulut mereka dengan pelbagai hasutan dalam ceramah mereka dengan niat untuk menjatuhkan kerajaan ini.

”Rasanya tidak terlambat untuk mereka ucap tahniah kepada kerajaan negeri. Jika ada isu berbangkit yang mereka lontarkan hingga buat karangan sampai lima hingga enam perenggan, kenapa tidak boleh ucap tahniah kepada kerajaan negeri atas pencapaian ini?” soal Kamil dalam satu kenyataan.

Jelasnya,  usaha dan pencapaian yang dilakukan ia seiring dengan Titah Sultan Pahang selaku Penaung Diraja kepada MTNP yang mahu melahirkan lebih ramai para hafiz dan qari serta qariah yang berwibawa di negeri ini.

Menurutnya, keseimbangan daripada graduan anak Pahang yang  dari segi pencapaian akademik dan pengetahuan agama penting agar dapat dimanfaatkan  sepenuhnya bagi pembangunan  Pahang pada masa akan datang.

Bagaimanapun, Kamil berkata, masih ada segelintir pihak menghasut untuk kepentingan politik mempertikai kepimpinan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail seolah-olah tidak cakna usaha untuk mengembangkan syiar Islam dalam negeri ini.

Justeru Kamil menggesa agar Pas Pahang dan Dewam Pemuda Pas  tidak hipokrit dan tidak perlu segan untuk mengeluarkan  kenyataan atas usaha murni kerajaan negeri dalam  memartabatkan agama Islam di bumi Pahang.

Terdahulu MNTP telah mencatat sejarahnya tersendiri dalam peperiksaan SPM 2023 apabila muncul sekolah terbaik dengan mencatatkan Gred Purata Sekolah (GPS) 1.07 berbanding 1.197 pada tahun 2022.

Pencapaian yang cukup luar biasa bagi insititusi pendidikan itu apabila kesemua pelajarnya seramai 56 calon lulus 100 peratus dengan 23 daripadanya memperoleh gred A dalam semua mata pelajaran.

Ia sekali gus menjadikan MNTP tersenarai di tempat pertama dalam 20 sekolah terbaik negara dalam pencapaian SPM 2023. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN :

SMAN Pahang catat rekod keputusan cemerlang SPM dua tahun berturut-turut

517 calon SPM 2023 Pahang peroleh semua A



Source link

OR

Scroll to Top