BEBERAPA keputusan pengadil, Razlan Joffri Ali, dalam aksi final Piala Malaysia antara Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Sri Pahang FC di Stadium Nasional Bukit Jalil, mencetuskan persoalan dalam kalangan penyokong.
Tindakan Razlan melayangkan beberapa kad kuning yang dilihat terlalu mudah pada malam itu nyata menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan penonton.
Antara insiden yang menjadi tumpuan ialah dua layangan kad kuning pada separuh masa pertama ke atas pemain Sri Pahang, Sergio Aguero.
Pada ketika itu, JDT ketinggalan menerusi jaringan T Saravanan sebelum menyamakan kedudukan menerusi penalti Bergson da Silva pada minit ke-53.
Bagaimanapun, JDT turut terpaksa bermain dengan 10 pemain selepas pertahanan mereka, Park Jun-heong turut dilayangkan kad kuning kedua selepas melakukan kekasaran pada minit ke-57.
Bintang sensasi JDT, Arif Aiman Hanapi muncul wira kemenangan menerusi gol pada minit ke-74.
Untuk rekod, Razlan sebelum ini pernah dikenakan tindakan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) apabila direhatkan susulan kontroversi semasa aksi Liga Super melibatkan JDT dan Perak pada tahun lalu.
OR