Kerajaan Kaji Tarik Subsidi Minyak Golongan Kaya, T5 Hingga T20 Dalam Penelitian MTEN

Kerajaan Kaji Tarik Subsidi Minyak Golongan Kaya, T5 Hingga T20 Dalam Penelitian MTEN

Kerajaan Kaji Tarik Subsidi Minyak Golongan Kaya, T5 Hingga T20 Dalam Penelitian MTEN


Kerajaan pada dasarnya bersetuju untuk menyemak semula pemberian subsidi minyak yang ketika ini turut dinikmati golongan berpendapatan tinggi, namun mekanisme pelaksanaannya masih diperhalusi bagi mengelakkan kesan kepada kelas menengah atasan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata cadangan itu sedang diteliti Pasukan Petugas Pengurusan Krisis (PPPK) di bawah Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) yang dipengerusikan Tan Sri Mohd Hassan Marican.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, kerajaan mahu memastikan penyasaran subsidi dilakukan secara lebih adil tanpa membebankan kumpulan tertentu

“Cadangan tu telah kita diteliti oleh MTEN (untuk) T20, T15 ke, memang cadangan itu telah dikaji oleh Hassan Marican dan pasukan.

“Mereka (MTEN) menelitinya dan kemudian timbul perbincangan sama ada ia membabitkan T5, T10, T15 atau T20 kerana kami tidak mahu ia memberi kesan kepada golongan kelas menengah atasan. Jadi mereka sedang teliti dan kita akan putuskan tidak lama lagi,” katanya selepas menghadiri Majlis Ramah Mesra Perdana Menteri bersama Mahasiswa India di Universiti Malaya (UM), Kuala Lumpur hari ini.

Semalam, Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh dilaporkan berkata pihaknya akan membawa usul ke Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO supaya subsidi minyak ditarik balik daripada golongan T20.

Menurutnya, langkah itu membolehkan penjimatan subsidi disalurkan semula kepada golongan B40 dan M40 yang lebih memerlukan bantuan.

“Subsidi dinikmati golongan berpendapatan tinggi tidak memberi kesan besar kepada mereka berbanding manfaat yang boleh dirasai kumpulan berpendapatan rendah.

“Jadi, lebih elok ambil subsidi yang T20 ini diberikan kepada B40 dan juga M40. Sebab kalau kata 200 liter kita akan belanjakan dalam RM200 hingga RM400 itu tak terasa bagi golongan T20.Tapi kalau RM200 hingga RM400 ini sangat memberikan kesan kepada B40 dan M40,” katanya.

Bagaimanapun, cadangan itu menerima bantahan daripada Pemuda Pakatan Harapan (PH).

Ketuanya, Woo Kah Leong berkata, pendekatan melabel atau memburukkan kumpulan tertentu bukan penyelesaian terbaik dalam isu rasionalisasi subsidi.






Source link

OR

Scroll to Top