July 27, 2024

Kerajaan komited realisasikan Malaysia Sporting Nation

Kerajaan komited realisasikan Malaysia Sporting Nation


KUALA LUMPUR – Malaysia perlu berubah menjadi sebuah Sporting Nation yang sebenar, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Timbalan Perdana Menteri berkata, kerajaan komited bagi merealisasikan impian itu dan akan memberikan sokongan kepada arena sukan negara dalam pelbagai bentuk yang difikirkan wajar.

“Pelbagai geran, bantuan dan latihan disediakan oleh KBS bagi menyemarakkan pembangunan sukan di setiap peringkat. Untuk itu, saya menyeru kepada persatuan-persatuan sukan kebangsaan mengambil peluang ini bagi menyemarakkan lagi aktiviti sukan di seluruh negara.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyampaikan ucapan ketika Majlis Anugerah SAM 2023 di Hotel Seri Pacififc, Kuala Lumpur. Foto SADIQ SANI, 06 JUN 2024

“Melalui usaha ini, kita berpotensi untuk melahirkan lebih ramai atlet- atlet muda yang mana tahu satu hari nanti akan menakluki dunia dalam sukan yang mereka minati,” katanya dalam ucapan Anugerah Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM) 100Plus 2023 di sini malam ini.

Hadir sama adalah Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh dan timbalannya, Adam Adli serta Presiden SAM, Norismadi Abd Manap.

Justeru itu, kata Ahmad Zahid lagi, gandingan pelbagai pihak dalam memajukan industri sukan negara amat penting.

Sebagai contoh, Ahmad Zahid berkata, Memorandum Persefahaman (MoU) antara syarikat GLC mahu pun syarikat swasta yang lain dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) adalah satu contoh usaha murni yang bertujuan untuk memajukan inisiatif pembangunan Usahasama menawarkan kepada atlet sukan di seluruh negara.

“Malaysia harus menjalin hubungan yang baik agar kita akan dapat menterjemahkan dan merealisasikan matlamat kerajaan dan KBS supaya Malaysia berada di landasan paling hadapan di dalam bidang sukan.

“Saya juga merasakan soal kecemerlangan sukan adalah tanggungjawab kita bersama dan apa yang kita lihat majlis menanda tangani MOU dengan beberapa syarikat GLC dan swasta yang lain amat dialu-alukan,” katanya lagi.

Anugerah SAM-100Plus malam ini mengangkat laporan tiga wartawan sukan daripada akhbar Harian Metro sebagai penerima Anugerah Siebel 2023.

Turut diberikan Anugerah Tokoh Kepimpinan SAM 2023 kepada Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Rustam. – MalaysiaGazette



Source link

OR

Scroll to Top