June 13, 2024

Euro 2024: England gugur Maguire, Grealish


LONDON – Pengendali England, Gareth Southgate terpaksa membuat keputusan berat apabila menggugurkan Harry Maguire dan Jack Grealish daripada senarai 26 pemain ke Euro 2024 bermula 14 Jun ini.

Kecederaan menjejaskan pemilihan barisan pertahanan dengan bek Man United, Maguire yang mengumpul 63 kap, antara pemain ternama yang terpaksa digugurkan.

Rakan sepasukan United, Luke Shaw bagaimanapun terpilih walaupun masih belum pulih sepenuhnya daripada kecederaan.

Shaw tidak berlatih bersama skuad semalam menjelang aksi persahabatan menentang Iceland di Wembley malam ini.

Pemain tengah City, Grealish, yang mengumpul 36 kap antarabangsa, turut tercicir bersama-sama James Maddison, Jarrad Branthwaite, James Trafford, Curtis Jones dan Jarrell Quansah.

Jack Grealish. Foto Eurosport.

Skuad Soutghate kali ini menampilkan 12 pemain tanpa pengalaman beraksi di kejohanan besar antaranya Lewis Dunk, Joe Gomez, Marc Guehi, Ezri Konsa, Kobbie Mainoo, Adam Wharton, Jarrod Bowen, Eberechi Eze, Anthony Gordon, Ivan Toney, Ollie Watkins dan Cole Palmer.

Namun The Three Lions diperkuatkan Jude Bellingham, yang membantu Real Madrid memenangi Liga Juara-Juara Eropah, penyerang Bayern Munich, Harry Kane, Phil Foden – yang membantu Man City menjuarai Liga Perdana Inggeris, dan bintang Arsenal, Bukayo Saka membentuk jentera serangan mantap England.

England memulakan kempen Euro 2024 menentang Serbia pada 16 Jun ini. – MalaysiaGazette



Source link

OR

Scroll to Top