September 8, 2024

Kerajaan Perpaduan belum bincang mengenai PRK Sungai Bakap

Kerajaan Perpaduan belum bincang mengenai PRK Sungai Bakap


PUTRAJAYA – Majlis Pimpinan Kerajaan Peraduan belum mengadakan mesyuarat bagi mendepani Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Bakap.

Bagaimanapun, perkara itu akan diuruskan melalui mekanisme dalaman dalam Kerajaan Perpaduan, Kata Ketua Penerangan PKR, Fahmi Fadzil.

“Kita belum di peringkat majlis pimpinan atau majlis rundingan Kerajaan Perpaduan belum diadakan mesyuarat mengenai perkara ini.

“Tapi, mengambil sikap dan pendirian kerjasama yang baik diantara parti-parti komponen kerajaan Perpaduan sewaktu Pilihan Raya Kecil Kuala Kubu Bharu, saya percaya proses yang sama akan dituruti untuk PRK Sungai Bakap

“Saya lihat, Insyaallah tidak akan menjadi isu dan akan diuruskan melalui mekanisme dalaman bagi Kerajaan Perpaduan,” katanya pada sidang media, di sini, hari ini.

Beliau menjawab pertanyaan wartawan mengenai persediaan Pakatan Harapan (PH) menerusi Kerajaan Perpaduan susulan terdapat parti komponen dalam gabungan itu yang meminta agar kerusi bagi DUN berkenaan diberikan kepada mereka untuk ditandingi.

Kerusi DUN Sungai Bakap dikosongkan susulan kematian penyandangnya, Nor Zamri Latiff pada Jumaat lalu.

Nor Zamri meninggal dunia di Wad Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Seberang Jaya selepas dirawat lebih tiga minggu kerana komplikasi perut.

Pada PRN Pulau Pinang Ogos lepas, Nor Zamri yang merupakan Yang Dipertua PAS Nibong Tebal menewaskan calon Pakatan Harapan (PH) Nurhidayah Che Rose dengan majoriti 1,563 undi. – MalaysiaGazette



Source link

OR

Scroll to Top