Kerana syukur, di situlah lahirnya CUKUP

Kerana syukur, di situlah lahirnya CUKUP

Kerana syukur, di situlah lahirnya CUKUP


KEHIDUPAN tidak selalu mudah. Di sebalik rumah kecil yang sederhana, tersimpan kisah seorang ibu yang berkorban tanpa disedari, menghadapi cabaran demi masa depan anak-anaknya.

Setiap sen yang disimpan, setiap detik yang dicurahkan, adalah doa dan usaha untuk melihat mereka berjaya. 

Kini, PTPTN tampil dengan video menyentuh hati, menampilkan pengorbanan nyata ibu demi pendidikan anak-anak mereka.

Pengorbanan ibu, impian anak

Dalam kehidupan serba sederhana, pengorbanan seorang ibu sering menjadi kekuatan terbesar buat anak-anak mengejar impian.

Di rumah kecil ini, anak perempuannya sedang bersiap menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia SPM. 

Setiap hari dia menelaah buku latihan, memikirkan yuran kelas tambahan dan keperluan sekolah. Penat dan stress kadang membuatnya marah atau merajuk.

Namun ibunya tetap sabar, duduk di sisi, memberi dorongan dan memastikan segala keperluan anak tercapai walaupun hidup mereka serba kekurangan.

Si ibu percaya pendidikan anak adalah harapan terbesar. Setiap pengorbanan menahan keperluan sendiri, menanggung cabaran kewangan dan meluangkan masa untuk mendengar anak adalah doa tersirat agar mereka dapat mencapai impian. 

Namun, menjelang Hari Raya, satu kejadian kecil menjadi pencetus kepada ledakan emosi yang lama terpendam. 

Anak perempuannya meluahkan segala amarahnya dan menuduh ibunya bersikap tidak adil serta pilih kasih.

Tetapi benarkah apa yang disangkanya selama ini, atau ada rahsia pengorbanan yang tidak pernah anaknya fahami.

Saksikan sebuah kisah yang menyentuh jiwa tentang pengorbanan seorang ibu, ketulusan kasih yang tidak berbelah bahagi dan makna sebenar rezeki yang datang sebagai rahmat daripada Ilahi.

Kejayaan seorang anak bukan sekadar keputusan peperiksaan tetapi peluang untuk melangkah lebih jauh dan suatu hari nanti membantu keluarga mengubah kehidupan mereka.

Kesedaran mengenai kepentingan merancang kewangan pendidikan anak menjadi semakin penting. 

Untuk membantu keluarga merancang masa depan, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional PTPTN memperkenalkan Kempen Cabutan WOW! Simpan SSPN 2026. 

Kempen ini bukan sekadar memberi ganjaran tetapi juga menggalakkan ibu bapa memulakan simpanan pendidikan sejak awal.

Selain itu kempen ini turut menawarkan hadiah keseluruhan hampir RM1.4 juta untuk 954 pemenang, berlangsung dari 1 Januari hingga 31 Disember 2026. 

Antara yang menjadi tumpuan ialah Hadiah Utama Cabutan WOW! Plus Loyalty berupa kereta Honda CR-V 1.5L E, selain hadiah lain seperti Perodua Ativa dan wang tunai RM30,000 bagi pemenang bertuah.

Bagi Cabutan WOW! Plus Siri 1, berlangsung dari 1 Januari hingga 30 April 2026.

Penyertaannya mudah sahaja. Anda hanya memerlukan simpanan serendah RM50 dan tiada had bilangan cabutan.

Pendeposit yang membuat simpanan melalui aplikasi myPTPTN, potongan gaji atau debit terus akan menikmati bilangan cabutan berganda iaitu 10 cabutan, sekali gus memberi lebih banyak peluang untuk menang.

Lebih daripada hadiah, kempen ini membantu ibu bapa merancang masa depan pendidikan anak sejak awal. 

Seorang ibu tahu kebahagiaan sebenar bukan kemewahan. Cukup jika anak-anaknya berjaya, berdikari dan suatu hari nanti mampu mengubah kehidupan keluarga menjadi lebih baik. 

Kasih ibu, doa anak dan sedikit perancangan hari ini mampu membuka jalan ke masa depan yang lebih cerah.

Untuk maklumat lanjut mengenai Cabutan WOW! Simpan SSPN 2026 dan peluang memenangi hadiah, layari laman PTPTN hari ini.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top