Kes ugut pegawai penguat kuasa AKPS, lelaki warga tempatan ditahan

Kes ugut pegawai penguat kuasa AKPS, lelaki warga tempatan ditahan


am@hmetro.com.my

Shah Alam: Polis menahan seorang lelaki dipercayai individu membuat ugutan mahu menembak pegawai penguat kuasa Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS).

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Lim Jit Huey berkata, tangkapan itu susulan maklumat dan laporan polis yang diterima semalam.

“Polis Klang Selatan menerima laporan daripada Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran di bawah AKPS, semalam.

“Susulan itu, seorang lelaki tempatan berumur 56 tahun ditahan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, suspek tiada rekod jenayah lampau dan siasatan lanjut sedang dilakukan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Semalam, media melaporkan AKPS membuat laporan polis berhubung tindakan individu yang dipercayai sebagai ejen kerana membuat ugutan mahu menembak pegawai penguat kuasa agensi terbabit.

Komander Kawalan Pintu Masuk Pelabuhan Klang, Datuk Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, ugutan untuk menembak dilakukan ketika pegawai terbabit sedang melaksanakan tugas rasmi.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top