Kidslympic Malaysia bakal lakar sejarah

Kidslympic Malaysia bakal lakar sejarah


Kuala Lumpur: Selepas kejayaan acara Larian Kidslympic Malaysia Selangor di Gamuda Gardens, Rawang hujung bulan lalu, tumpuan kini beralih kepada Kidslympic Games Malaysia 2025 bermula esok hingga Ahad ini, yang dijangka menjadi sambutan sukan kanak-kanak paling meriah tahun ini.

Kidslympic Games Malaysia 2025 bakal menghimpunkan lebih 3,500 peserta muda dari seluruh negara untuk bersaing dan merasai pengalaman dalam pelbagai acara sukan seperti olahraga, bola sepak, bola tampar, gimnastik dan cabaran halangan, semuanya dalam semangat persahabatan dan kesukanan sejati.

“Acara larian di Selangor menunjukkan semangat dan tenaga luar biasa keluarga Malaysia,” kata Wong Kang Woon, Pengasas Bersama Kidslympic Malaysia.

“Kini kami sedang menghitung hari ke acara utama Kidslympic Games Malaysia 2025 dan Grand Finale Kidslympic Malaysia Run di Presint Merdeka 118, Kuala Lumpur di mana seluruh negara akan bersatu meraikan kanak-kanak dan belia, perpaduan dan semangat Kidslympic,” katanya lagi.

Acara di Gamuda Gardens berjaya dilaksanakan dengan sokongan padu daripada Affin Bank, Watsons Malaysia, Gamuda Gardens, VICTOR Malaysia, Team Kidslympic Malaysia, serta komuniti setempat, sekali gus mencerminkan komitmen bersama untuk menggalakkan gaya hidup sihat dan aktif dalam kalangan kanak-kanak.

Lebih 800 kanak-kanak dan keluarga menyertai acara itu dengan kemuncaknya adalah Klinik Badminton Kidslympic Goh Liu Ying di mana 35 atlet muda bertuah berpeluang sekali seumur hidup untuk belajar daripada bintang badminton Olimpik, Liu Ying sendiri.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top