Pelakon dan pelawak, Amyza Aznan mengundang sebak apabila berkongsi foto memperlihatkan dia memeluk jenazah anaknya, Allahyarham Andre Mikhail yang menghembuskan nafas terakhirnya pada Isnin lalu.
Menerusi perkongsian di media sosial, Amyza menyentuh hati ramai apabila berkongsi kapsyen seakan-akan meluahkan perasannya.
“Anak, kita tidur bersama untuk kali terakhir dan pelukan terakhir untukmu,” katanya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata rakan selebriti dan pengikut aktres itu menitipkan doa agar arwah ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan keluarga dikurniakan ketabahan melalui fasa sukar tersebut.









