KKM terima aduan insiden buli, budaya kerja toksik di hospital

KKM terima aduan insiden buli, budaya kerja toksik di hospital


Putrajaya: Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini mengesahkan menerima aduan yang diterbitkan dalam media sosial dan media tempatan berkenaan insiden buli berbaur perkauman dan budaya kerja toksik di sebuah hospital di Sabah.

Menerusi kenyataan hari ini, KKM memaklumkan isu berkenaan telah dirujuk kepada Unit Integriti untuk siasatan dan tindakan susulan akan diambil secepat mungkin.

“Pihak yang berkenaan juga digalakkan membuat laporan rasmi melalui sistem MyHelp untuk membantu siasatan. Perlakuan buli dalam apa jua bentuk dan kategori tiada tempat dalam KKM,” menurut kenyataan itu.

KKM memaklumkan pihaknya mengamalkan dasar toleransi sifar terhadap buli kerana perbuatan itu bertentangan dengan hasrat untuk mewujudkan persekitaran yang selamat dan adil kepada semua.

Tindakan tegas termasuk tatatertib akan diambil terhadap pelaku sekiranya kesalahan dapat dibuktikan, menurut KKM.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top