June 14, 2024

Konflik Iran-Israel: Persiapan haji masih diteruskan – Na’im


KUALA LUMPUR – Lembaga Tabung Haji masih meneruskan persiapan bagi Musim Haji 2024 seperti yang dirancang walaupun situasi di Timur Tengah tegang.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, pihaknya memantau situasi terkini di Timur Tengah ekoran serangan balas Iran terhadap Israel.

“Berhubung keselamatan para jemaah haji dan umrah dari Malaysia susulan ketegangan yang berlaku, Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) akan bekerjasama rapat dengan agensi kerajaan seperti Wisma Putra, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) termasuk Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bagi memastikan keselamatan jemaah haji dan umrah Malaysia terjamin berikutan perkembangan semasa ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, serangan balas itu sudah tentu meningkatkan ketegangan yang sudah pun berlarutan lebih tujuh bulan lalu akibat kedegilan dan kekejaman rejim zionis Israel terhadap penduduk Palestin yang tidak berdosa.

Beliau meminta semua pihak untuk terus bertenang serta sentiasa merujuk kepada pihak berkuasa dari semasa ke semasa untuk mendapatkan maklumat yang tepat dan sahih. – MalaysiaGazette



Source link

OR

Scroll to Top