Kongsi Detik Cemas Diekori Individu Misteri, Aireena Sofia Seru Wanita Utamakan Keselamatan – “Kena Pasang Dashcam!”

Kongsi Detik Cemas Diekori Individu Misteri, Aireena Sofia Seru Wanita Utamakan Keselamatan – “Kena Pasang Dashcam!”


Pempengaruh media sosial, Aireena Sofia, mendedahkan pengalaman cemas yang pernah dilaluinya apabila diekori individu tidak dikenali sebelum mendirikan rumah tangga.

Ketika kejadian, Aireena berkata dia langsung tidak mengetahui tujuan sebenar individu tersebut.

“Perkara itu terjadi sewaktu saya masih bujang. Saya sendiri tak tahu apa niat orang yang mengekori saya. Masa itu saya seorang diri, jadi saya cuma fikir macam mana nak selamatkan diri,” katanya.

Aireena yang merupakan isteri kepada pempengaruh Haqiem Stopa mengakui insiden tersebut meninggalkan kesan mendalam dan membuatkan dirinya lebih peka terhadap aspek keselamatan, terutama bagi wanita yang sering bergerak sendirian.

“Zaman sekarang kita tak dapat jangka niat orang. Ada yang mungkin berniat jahat seperti gangguan seksual.

“Saya pula kerap keluar seorang diri, jadi memang ada risiko. Dengan adanya peranti seperti dashcam, sekurang-kurangnya kita ada bukti rakaman jika sesuatu berlaku… Wanita kena pasang dashcam dalam kereta untuk tujuan keselamatan,” ujarnya.

Aireena ditemui pada majlis pelancaran dua model kamera papan pemuka (dashcam) terbaharu jenama 70mai, iaitu A810s 4K Dash Cam dan M800 4K Dash Cam, yang berlangsung di 1 Utama, Petaling Jaya baru-baru ini.

Model A810s dilengkapi rakaman 4K Ultra-HD menggunakan sensor Sony STARVIS 2 untuk visual yang lebih tepat, manakala M800 menawarkan rakaman 4K HDR dengan lensa sudut lebar serta fungsi pemantauan parkir 24 jam bagi liputan keselamatan lebih menyeluruh.

Aireena berharap perkongsiannya dapat meningkatkan kesedaran wanita tentang kepentingan langkah perlindungan tambahan ketika berada di luar, terutama dalam situasi tidak dijangka.



Source link

OR

Scroll to Top