Konvoi hampir disekat, ADUN PAS dakwa lolos 7 roadblock ikut ‘jalan tikus’

Konvoi hampir disekat, ADUN PAS dakwa lolos 7 roadblock ikut ‘jalan tikus’

Konvoi hampir disekat, ADUN PAS dakwa lolos 7 roadblock ikut ‘jalan tikus’


Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS, Wan Rohimi Wan Daud mencuri perhatian apabila berkongsi pengalamannya mengelak beberapa sekatan jalan raya ketika menyertai konvoi motosikal di Kota Bharu.

Kongsi pengalaman elak roadblock

Menerusi potongan rakaman video sewaktu beliau memberi ucapan, sekatan jalan raya tersebut difahamkan diadakan oleh pihak polis dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) susulan perancangan asal konvoi untuk menuju ke lapangan terbang, yang sebelum ini mendapat perhatian Anthony Loke atas faktor keselamatan dan risiko gangguan lalu lintas.

Lalui kawasan berhampiran lapangan terbang

Namun begitu, konvoi berkenaan dilaporkan hanya melalui kawasan berhampiran lapangan terbang.

Dalam ucapan di penghujung program, Wan Rohimi berkongsi bagaimana beliau berjaya mengelak sekatan dengan menggunakan laluan alternatif.

“Kita dilewatkan oleh roadblock polis. Bile blaka, ambo bile tak kurang dari tujuh (saya kira tak kurang daripada tujuh sekatan).
“Tapi semua kena bbodo kita belaka (Tapi kita berjaya memperdaya mereka semua),” katanya.

Pimpin konvoi lalu lorong tikus

Beliau turut mendakwa menerima maklumat awal mengenai lokasi sekatan jalan raya sebelum mengambil keputusan untuk memimpin konvoi melalui jalan kecil atau ‘lorong tikus’.

Selain itu, Wan Rohimi turut memaklumkan kira-kira 3,000 motosikal terlibat dalam konvoi tersebut.

Sebelum ini, Ketua Polis Kelantan dan pihak kementerian mengesahkan sekatan jalan raya dilakukan sebagai langkah keselamatan.

Walau bagaimanapun, Wan Rohimi mempunyai pandangan berbeza dan menyifatkan tindakan itu sebagai tekanan terhadap program yang dianjurkan.

“Program sangat berjaya dalam keadaan kita ditekan oleh menteri Madani. Apek DAP yang sungguh mengugut arah JPJ buat roadblock, arah polis buat roadblock, naya kepada abe-abe polis kita,” katanya.

Dalam masa sama, beliau juga memberi bayangan untuk menganjurkan lebih banyak konvoi motosikal pada masa akan datang.

Kursus loghat Kelantan

Selepas kenyataan tersebut tular, Wan Rohimi telah berkongsi di media sosial miliknya menyatakan perkataan ‘bbodo’ yang digunakan dalam ucapan tersebut tidak ditujukan sebagai kecaman.

Tetapi ia adalah maksud bagi perkataan seperti ‘licik’, ‘helah’ atau ‘muslihat’ bagi.

Sumber: Facebook Wan Rohimi Wan Daud, TikTok jusohpauh





Source link

OR

Scroll to Top