Usahawan Datuk Red menegaskan tindakannya untuk mendapatkan pengesahan rujuk di mahkamah bukan kerana mahu kembali bersama bekas isterinya, Adira.
Menerusi sesi siaran langsung di TikTok, Datuk Red berkata jika benar rujuknya sah dia akan menceraikan Adira.
BACA: “Saya Pun Tak Mahu Teruskan Perkahwinan, Dia Toksik” – Dato Red Nafi Minta RM100,000 Dari Adira
Menurutnya lagi, kes yang difailkan itu adalah untuk mendapatkan pengesahan jika rujuk yang dibuat pada 2024 sah atau tidak.
“Jahat lagi ke aku? Aku dah lepaskan dia. Aku cuma nak mengesahkan rujuk aku je, kalau rujuk aku sah aku akan ceraikan dia.
“Kalau rujuk aku tak sah, tak sahlah. Korang bayangkan kalau dia kahwin, aku masih lagi macam tu (suami) macam mana? Aku minta pengesahan je, bukannya aku minta dia rujuk dengan aku,” katanya.
Sementara itu, Datuk Red turut kesal apabila didakwa masih belum move on serta meminta penonton untuk menyaksikan siaran live berkenaan untuk merakam sebagai bukti.
“Korang nak kata aku wayang ke apa lantak korang, apa yang aku cakap ini korang boleh simpan boleh rekod. Korang kata aku tak move, aku gila talak ke apa ke.
“25/6/2026 jika rujuk aku sah, automatik saya Adnan bin Abu ceraikan Siti Adira binti Suhaimi dengan talak satu.
“Sah ke tak sah. Aku kalau boleh nak ceraikan cepat tapi benda itu tak boleh dilepaskan. Sekarang ni puas hati? Ada ke orang bayar aku RM100,000? Tak pasal-pasal aku kena lafaz cerai depan korang,” katanya.
Dalam pada itu, ketika live berkenaan bekas isteri pertamnya iaitu Syarifah Nor Shafila menasihati Datuk Red tidak perlu terangkan kepada netizen tetapi selesaikan dengan pihak sepatutnya.






