“Korang Chill, Kami insyaAllah Okay” – Suami Norreen Iman

“Korang Chill, Kami insyaAllah Okay” – Suami Norreen Iman


Minggu lalu, stutus rumah tangga pelakon Norreen Iman menjadi tanda tanya apabila dilhat hadir bersama suami ke Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan bagi prosiding pengesahan lafaz cerai.

Menerusi satu perkongsian di TikTok, Norreen dilihat memuat naik video reaksinya menonton video netizen mengenai kehadirannya di mahkamah baru-baru ini.

BACA: “Saya Lapar Je Sekarang Ni” – Hadir Prosiding Lafaz Cerai, Norreen Enggan Ulas

“Aku okay, tapi korang semua buat video macam ni.  Apa reaksi aku nak bagi ni? Video awak semua lagi menyedihkan sebenarnya. Aku kena menangis ke tengok video ni?” katanya.

Sementara itu, turut menjadi perhatian apabila suaminya, Razzi Razak dilihat meninggalkan komen meminta netizen tenang sahaja.

“Korang chilll, kami InsyaAllah okay,” tulisnya ringkas.

Terdahulu, Norreen enggan mengulas mengenai prosiding berkenaan selepas keluar dari dewan bicara. 

Sebelum ini, timbul spekulasi mengenai rumah tangga Norreen dan suami apabila pasangan itu didakwa jarang berkongsi gambar bersama di media sosial.

Sumber: Oh Bulan






Source link

OR

Scroll to Top