KPM peruntukkan RM169 juta, murid sekolah bakal terima peranti pintar

KPM peruntukkan RM169 juta, murid sekolah bakal terima peranti pintar


Kementerian Pendidikan (KPM) telah memperuntukkan sebanyak RM169 juta bagi penyediaan tablet kepada murid sekolah rendah sebagai persediaan awal menjelang pelaksanaan Kurikulum Baharu Sekolah 2027.

Terima peranti pintar

Memetik laporan Harian Metro, Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Dr Mohd Azam Ahmad, memaklumkan bahawa peruntukan yang diluluskan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu merupakan kesinambungan usaha memperkukuh pendidikan digital yang diperkenalkan KPM. Langkah ini bertujuan memastikan generasi akan datang lebih celik teknologi dalam menghadapi cabaran masa depan.

Beliau turut menjelaskan bahawa penggunaan peranti pintar tersebut akan menjadi salah satu komponen penting dalam menyokong proses pengajaran dan pembelajaran di bawah kurikulum baharu berkenaan.

“Alhamdulillah, Kerajaan MADANI meluluskan peruntukan sebanyak RM169 juta untuk penyediaan tablet bagi anak-anak kita pada tahun depan dan sudah pasti selepas ini, kita akan melihat inisiatif lain yang boleh menyokong usaha bersama dalam memastikan golongan berkenaan dapat menggunakan alat digital ini untuk menyokong proses pembelajaran mereka.
“Serentak itu, kami di peringkat KPM sentiasa meraikan sokongan daripada Badan Bukan Kerajaan (NGO), agensi swasta dan masyarakat untuk bersama-sama dengan pihak sekolah dalam memastikan murid dapat belajar dalam keadaan lengkap dan selesa ketika Kurikulum Baharu 2027 mula dilaksanakan nanti.
“Sokongan seperti bantuan penyediaan tablet atau TV pintar itu dapat membantu kita untuk bersama-sama meningkatkan mutu pendidikan negara ini, sekali gus membolehkan murid diasuh menjadi insan terdidik daripada semua aspek kehidupan mereka,” katanya selepas merasmikan Program Sokongan Profesional Dasar Pendidikan Digital di Sekolah Kebangsaan (SK) Nyalas, Selandar, hari ini.

Artikel lain: Guru tarik nafas lega! KPM mansuh sistem perekodan kokurikulum secara manual

Dalam majlis sama, empat buah sekolah terpilih menerima sumbangan peranti dan televisyen pintar, iaitu SK Nyalas, SK Chohong, SK Durian Tunggal dan SK Sri Lanang.

Mengulas lanjut, Mohd Azam berkata, peruntukan RM169 juta ini merupakan kesinambungan kepada usaha sebelum ini yang bertujuan membantu guru meningkatkan kemahiran penggunaan teknologi dalam pendidikan.

Menurutnya, pada fasa awal, sebanyak RM122 juta telah diperuntukkan kepada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menyokong aktiviti pembelajaran murid di sekolah.

Sumber: Berita Harian (Amir Mamat)





Source link

OR

Scroll to Top