KPM umum 12 inisiatif khusus untuk perkasa guru

KPM umum 12 inisiatif khusus untuk perkasa guru

KPM umum 12 inisiatif khusus untuk perkasa guru


Ipoh: Kementerian Pendidikan (KPM) mengumumkan 12 inisiatif bagi memperkasakan dan memperkukuh tugas guru bersempena dengan Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan kali ke-55 tahun ini.

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata, bagi menyokong pembangunan profesional para pendidik dalam literasi digital, kursus pensijilan Google Certified Educator (GCE) Tahap Satu dan Tahap Dua diteruskan secara percuma kepada semua guru.

Beliau berkata ikhtiar itu membawa manfaat kepada semua guru yang melibatkan kos bagi setiap seorang guru sebanyak RM40 bagi GCE Tahap Satu dan RM100 bagi GCE Tahap Dua

“Kementerian Pendidikan Malaysia menawarkan Hadiah Latihan Persekutuan khas, iaitu disediakan kepada guru-guru yang telah sanggup berkorban untuk mengajar di sekolah rintangan di bawah ProHas (Program Hadir Ke Sekolah) seperti sekolah dalam hospital, sekolah terapung, sekolah pedalaman di kawasan P1, P2, dan P3.

“Mereka akan terpilih untuk program Sarjana dan juga PhD (doktor falsafah) bagi memastikan bahawa apa yang kita hasratkan, khususnya bagi memastikan mereka dapat terus berkhidmat dan pastinya pengajian mereka ini akan membantu untuk meningkatkan akses pendidikan dalam negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis sambutan berkenaan yang bertemakan Guru Bitara Nadi Negara, yang dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, di sini hari ini.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top