Kronologi kes Zayn Rayyan

Kronologi kes Zayn Rayyan


Kuala Lumpur: Berikut adalah kronologi kes kehilangan dan pembunuhan kanak-kanak Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin.

5 Disember 2023
– Ibu Zayn Rayyan berkongsi kisah kehilangan anaknya di Facebook (Fb).

6 Disember 2023
– Operasi pencarian babitkan Jabatan Bomba dan Penyelamat, Polis Diraja Malaysia dan anjing pengesan K9 di sekitar kawasan Apartment Idaman, Damansara Damai, Petaling Jaya, Selangor.
– Ibu Zayn Rayyan dakwa anaknya hilang ketika menaiki tangga di Blok R, kediaman mereka sekitar tengah hari pada 5 Disember.
– Keluarga kanak-kanak itu ikhtiar perubatan secara Islam dan adakan solat hajat.
– 10 malam: Mayat Zayn Rayyan ditemukan di anak sungai, 100 meter dari kediaman keluarganya oleh penduduk. Pencarian di lokasi itu dilakukan Unit Anjing Pengesan (K9) sebanyak tiga kali.
– Kes Zayn Rayyan diklasifikasikan polis sebagai kematian mengejut (SDR).

7 Disember 2023
– Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, mengesahkan Zayn Rayyan dibunuh, bedah siasat dapati ada kecederaan pada tubuh badan mangsa.
– Kes diklasifikasi sebagai kes bunuh dan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
– Jenazah Zayn Rayyan dikebumikan di Perkuburan Islam Seksyen 9, Kota Damansara, Selangor.
– Lokasi penemuan mayat Zayn Rayyan ditutup polis yang mula mencari bukti.

8 Disember 2023
– Siasatan polis mendapati mangsa dibunuh di lokasi lain sebelum ditinggalkan di anak sungai tempat penemuannya.

10 Disember 2023
– Polis mencari bukti di stor berhampiran Blok R selain mengambil sampel di kediaman Zayn Rayyan.
– 48 individu sudah diambil keterangan babitkan ahli keluarga, jiran dan saksi-saksi.
– Sampel DNA diambil daripada 228 penduduk perumahan itu.
– Pemeriksaan dibuat terhadap 5,628 penghuni babitkan 2,484 kediaman perumahan itu.

13 Disember 2023
– Polis temui stokin dalam takungan air di anak sungai berhampiran lokasi mayat dijumpai selepas dibantu Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Selangor yang menyedut keluar takungan air di lokasi itu.
– Polis menahan tiga individu di Apartment Damai hasil saringan DNA kes Zayn Rayyan tetapi mereka didapati tidak berkait kes bunuh itu.

14 Disember 2023
– Polis dapat maklumat dua saksi dakwa terlihat Zayn Rayyan di tingkat dua dan tiga Blok R Apartment Idaman, Damansara Damai, kira-kira 5 petang, 5 Disember 2023.
– 86 keterangan dan 238 DNA sudah diambil polis setakat ini.

23 Disember 2023
– Bukit Aman minta bantuan Polis Antarabangsa (INTERPOL) dalam semakan pangkalan data berkaitan beberapa maklumat yang diperoleh hasil siasatan.

28 Disember 2023
– Polis mengeluarkan kenyataan tidak menutup siasatan kes bunuh Zayn Rayyan meskipun tiada petunjuk baharu setakat ini.

7 Januari 2024
– Polis mengesahkan menerima menerima maklumat INTERPOL namun secara am.

6 Februari 2024
– Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Selangor tawar ganjaran RM20,000 kepada pihak yang salur maklumat sehingga tertangkapnya pembunuh Zayn Rayyan.

31 Mei 2024
– KP Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, mengesahkan ibu bapa Zayn Rayyan ditahan di Puncak Alam, Selangor, pada 10 pagi.

1 Jun 2024
– Ibu bapa Zayn Rayyan direman tujuh hari oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya, Selangor.

7 Jun 2024
– Mahkamah Sesyen Petaling Jaya membenarkan tempoh reman pasangan suami isteri berusia 29 tahun dilanjutkan selama enam hari lagi sehingga 13 Jun.

10 Jun 2024
– Polis membawa ibu Zayn Rayyan ke Apartment Idaman Damasara Damai untuk melakonkan semula situasi kejadian semasa kehilangan Zayn Rayyan sehingga kepada penemuan mayat kanak-kanak itu.

12 Jun 2024
– Ibu Zayn Rayyan dibawa ke Mahkamah Sesyen Petaling Jaya bagi mendapatkan pengakuan berhubung siasatan kes.

13 Jun 2024
– Ibu dan bapa Zayn Rayyan didakwa di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya atas pertuduhan mengabaikan kanak-kanak berkenaan dengan cara kemungkinan menyebabkan kecederaan fizikal terhadapnya.

21 Januari 2025
– Ibu bapa Zayn Rayyan memohon Mahkamah Tinggi Shah Alam agar dibebaskan serta-merta daripada pertuduhan mengabai kanak kanak-kanak autisme itu.

3 Februari 2025
– Perbicaraan kes ibu bapa Zayn Rayyan bermula di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya, Selangor.

24 April 2025
– Pihak pendakwaan menutup kes selepas memanggil 28 saksi pendakwaan sepanjang 20 hari perbicaraan.

21 Julai 2025
– Mahkamah Sesyen Petaling Jaya mengarahkan ibu kepada Zayn Rayyan Abdul Matin membela diri, manakala bapa kanak-kanak itu dilepas dan dibebaskan atas pertuduhan mengabaikan anak mereka.

18 September 2025
– Pihak pembelaan memfailkan hujahan bertulis menghujahkan keterangan Ismanira bukannya satu penafian kosong semasa wanita itu membela diri.

1 Oktober 2025
– Balasan hujahan bertulis oleh pihak pendakwaan.

31 Oktober 2025
– Ismanira Abdul Manaf didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen Petaling Jaya atas pertuduhan mengabaikan anak lelakinya itu dua tahun lalu.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top