Kru jet ski hilang ditemukan lemas

Kru jet ski hilang ditemukan lemas

Kru jet ski hilang ditemukan lemas


LANGKAWI: Mayat pekerja aktiviti sukan air yang terjatuh ke laut berhampiran Pantai Tengah ditemukan kira-kira 100 meter dari kawasan dia dipercayai hilang.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Khairul Azhar Nuruddin berkata, jasad mangsa ditemukan orang awam yang menaiki jet ski kira-kira pukul 6 petang tadi.

“Maklumat penemuan mayat disalurkan kepada pihak bomba dan pengesahan kematian dibuat oleh kakitangan Kementerian Kesihatan (KKM) sebelum operasi ditamatkan kira-kira sejam kemudian.

“Identiti mayat disahkan sebagai Arash Nashran  Abdul Maser yang berusia 23 tahun dan bekerja sebagai pengendali jet ski,” katanya di sini, hari ini:

Dalam kejadian terbabit, mangsa disedari hilang selepas sebuah jet ski didapati bergerak sendiri kira-kira pukul 6.30 petang semalam.

Mangsa terjatuh ke laut ketika cuba menyelamatkan sebuah jet ski yang hanyut di Pantai Tengah dan dipercayai tidak memakai jaket keselamatan ketika kejadian.

Semasa kejadian, keadaan ombak dilaporkan terlalu kuat sehingga mangsa tercampak ke laut dan hilang daripada pandangan. – UTUSAN



Source link

OR

Scroll to Top