“Ada orang cakap ‘living your life until your become millionaire. Aku tak nak guna ayat riak, tapi saya hidup dalam cara hidup itu tapi ia bukan seperti apa yang anda sangkakan”.
Demikian respons pempengaruh media sosial, Khairul Aming mengenai pandangan netizen mengenai kenyataan segelintir pihak yang menganggap seseorang perlu ‘hidup sehingga menjadi jutawan’ sebelum dianggap berjaya.
Menurutnya, kenyataan itu tidak menggambarkan realiti sebenar dan tidak wajar dijadikan kayu pengukur sebuah kebahagiaan.
“Adakah salah kita berniaga sendiri sama sahaja dari dulu. Tak kaya tapi kita bahagia je dengan hidup sekarang? Tak salah,” katanya.
Berkongsi kisah peribadi, Khairul Aming mendedahkan serba sedikit mengenai kisah ibunya yang turut menjadi inspirasinya.
Katanya, walaupun hidup sederhana, ibunya mampu membesarkan mereka adik-beradik hanya dengan hasil jualan kuih dan ia sesuatu yang sangat dihargainya sehingga kini.
“Saya share sikit pasal Mak kesayangan saya. Mak Khairul Aming berniaga kuih tako. Setiap hari di abangun pukul 3 pagi sampai lepas subuh.
“Mak saya berniaga tak kaya. kadang tak ada pun untung. tapi tak pernah sekali pun saya tengok dia merungut. Tapi i can say, mak happy.
“Malah, mak mampu besarkan kami adik beradik. Bayangkan kami dibesarkan dengan duit kuih tu dan cukup.
“Ada orang cakap ‘living your life until your become millionaire. Aku tak nak guna ayat riak, tapi saya hidup dalam cara hidup itu tapi ia bukan seperti apa yang anda sangkakan,” jelasnya.
Dalam pada itu, Khairul Aming turut menegaskan bahawa menjadi kaya tidak menjamin kebahagiaan seseorang kerana setiap pencapaian datang bersama tanggungjawab dan amanah yang besar.
“Benda ni bukan kau orang akan automatik bahagia atau jumpa semua benda yang kau orang nak. It comes with responsibility, tanggung jawab, amanah dan macam-macam lagi.
“Kita hidup ni nak happy je, takkan lah nak ikut tekak orang je… penatlah macam tu,” ujarnya.






