LIGA Bolasepak Malaysia (MFL) akan menggunakan lapan aksi pramusim bermula Isnin depan hingga 4 Mei ini untuk menguji sistem Video Bantuan Pengadil (VAR) dalam Liga Malaysia (Liga-M) musim ini.
Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Datuk Stuart Ramalingam berkata, pihaknya mahu mengenal pasti masalah dan isu yang bakal timbul ketika sesi ujian berkenaan supaya mereka bersedia dengan penyelesaian apabila sistem itu mula digunakan pada musim 2024-25 membuka tirai pada 10 Mei ini.
“Tahun pertama selalunya akan ada masalah dan kita akan hadapi dengan hati terbuka serta mencari solusi terbaik untuk Liga-M.
“Diharapkan kita dapat buat persediaan sebaik mungkin, jadi bila masalah timbul kita sudah bersedia untuk menghadapinya,” katanya ketika ditemui pemberita semasa sesi simulasi VAR kepada pihak berkepentingan seperti komisioner perlawanan, jurulatih dan pegawai pasukan di Stadium UiTM di sini, hari ini.
Jadual perlawanan ujian VAR:
KL City lwn Negeri Sembilan (22 April) – Stadium Bolasepak Kuala Lumpur
Kelantan Darul Naim lwn Sri Pahang (24 April) – Stadium Sultan Muhammad ke-IV
Perak lwn Kedah Darul Aman (27 April) – Stadium Perak
PDRM lwn KL City (27 April) – Stadium Majlis Perbandaran Selayang
Sri Pahang lwn Terengganu (28 April) – Stadium Majlis Perbandaran Temerloh
Kedah Darul Aman lwn Penang (30 April) – Stadium Darul Aman
Terengganu lwn Kelantan Darul Naim (3 Mei) – Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin
Penang lwn Perak (4 Mei) – Stadium Bandaraya
Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28
OR