July 27, 2024

Hafizh Syahrin raih kejuaraan sulung di Zhuhai

Hafizh Syahrin raih kejuaraan sulung di Zhuhai


PELUMBA negara, Hafizh Syahrin Abdullah meraih kejuaraan sulung bersama JDT Racing Team pada Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) 2024 di Litar Antarabangsa Zhuhai, di China pada Sabtu.

Pelumba berusia 29 tahun itu mengungguli perlumbaan pertama pusingan kedua kategori Asia Superbike 1000cc dengan merekodkan 20 minit 24.461 saat (s) selepas melengkapkan 13 pusingan.

Andi Farid Izdihar dari Indonesia yang mewakili Honda Asia-Dream Racing with Astemo meraih tempat kedua dengan 20:25.215s diikuti Azlan Shah Kamaruzaman dari pasukan TKKR BMW Racing Team ketiga (20:27.603s).

Ini merupakan kemenangan pertama JDT Racing Team pada penampilan sullung dalam ARRC selepas Hafizh Syahrin meraih tempat kedua pusingan pertama di Litar Antarabangsa Chang, Thailand bulan lepas.

Beliau yang menggunakan jentera Ducati Panigale V4R akan meneruskan perlumbaan pusingan kedua, esok. – Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!



Source link

OR

Scroll to Top