Lapor polis dakwa difitnah, KP J-KOM terus bersemuka dengan Albert Tei, ajak berdebat

Lapor polis dakwa difitnah, KP J-KOM terus bersemuka dengan Albert Tei, ajak berdebat


Beliau mendakwa, tindakan Tei yang hadir ke premis kerajaan untuk mencetuskan provokasi dan mengganggu urusan rasmi tidak boleh dipandang ringan.

“Premis kerajaan adalah tempat penyampaian perkhidmatan kepada rakyat dan perlu dihormati serta dipelihara daripada sebarang bentuk gangguan yang boleh menjejaskan kelancaran pentadbiran awam.
Jadi laporan polis ini dibuat di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang tugas penjawat awam nak pergi kerja, Seksyen 504 Kanun Keseksaan atas tindakan provokasi yang menggugat keamanan penjawat awam.
Laporan juga dibuat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 berkaitan penyalahgunaan rangkaian untuk tujuan gangguan, provokasi dan Akta, Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 atas kelakuan menghina penjawat awam,” katanya.

Terus bersemuka dengan Albert Tei

Dalam pada itu, Hisyamuddin juga sempat bersemuka dengan Albert Tei yang kebetul hadir di IPD Putrajaya dan saling menyapa.

Dapat didengar yang Albert Tei mengucapkan tahniah kepada Hisyamuddin memandangkan baru sahaja dilantik menjadi Ketua Pengarah J-KOM.

Albert juga mengatakan bahawa mereka bersikap profesional walaupun baru sahaja dilaporkan ke pihak berkuasa berkenaan tuduhan melontarkan fitnah.

Menerusi sidang media itu juga Tei bersama beberapa individu turut mengajukan beberapa soalan kepada Hisyamuddin, termasuk bertanyakan bentuk gangguan yang didakwa dilakukannya.

Namun, Hisyamuddin tidak menjawab secara terperinci dan sebaliknya mencabar Tei untuk berdebat secara terbuka.

“Saya akan sediakan pentas, kita dua berdebat. Soalan tu awak simpan, kita debat berdua,” katanya.

Sumber: Berita Harian (Mohd Iskandar Ibrahim) Facebook Sham Ghaz





Source link

OR

Scroll to Top