Seorang pemilik perniagaan kecewa dengan sikap pelakon dan usahawan, Betty Rahmad ketika sama-sama terlibat dalam jualan terbesar Celeb Fest yang diadakan di Singapura baru-baru ini.
Menerusi perkongsian di TikTok, individu yang dikenali sebagai @Aleafadam itu berkata, tindakan Betty memekik pekerjanya disifatkan sebagai kurang ajar apatah lagi kedua-dua pekerjanya pada ketika itu sedang sibuk melayan pelanggan.
Tambahnya, ini bukanlah kali pertama dia berdepan situasi sama apabila sebelum ini kakak kepada Betty yang juga dramatis popular, Erma Fatima turut bertindak kurang ajar.
“This video is for Betty Rahmad dan Erma Fatima. So, last year kakak kau kurang ajar, this year kau pula kurang ajar.
“We gonna call this people out okay. Jadi, kita ada booth dekat Celeb Fest… Tadi cuma ada dua pekerja sahaja dekat booth dan booth pula tengah busy masa tu. Jadi kedua-dua staf saya busy tengah serve customer. Betty datang dengan kawan dia dan anda tahu apa yang dia buat out of nowhere, she came to the middle of our counter here… tapi kita tak nak tunjuk lah pelanggan yang saksikan dia memekik dekat staf saya.
“Dia tak cakap baik-baik, dia pekik ‘I want this’… kau siapa ya? Like artis?”, katanya.
@aleafadamYang kakak dia pulak menjeling and said to me “beli tu je? 🙄” when she saw I only bought $10 worth if items from her booth. Kau nak singaporean borong brapa banyak….♬ original sound – Alif
Susulan insiden berkenaan, Alif mahu permohonan maaf dibuat dari pihak Betty kepada pekerjanya.
“Saya pasti kalau anda buat begini dengan kami, dengan orang lain pun sama. Orang akan experience benda sama. So, don’t be rude and you owe my staff an apology.
“Kau pakai tudung sey, ni bulan Ramadan sey. You are so f*cking rude,” katanya lagi.






