May 20, 2024

Lelaki cedera terpijak paku dipacak di tepi jalan


RAWANG – ‘Malang tidak berbau’, itulah nasib yang ditimpa oleh seorang lelaki berusia 36 tahun apabila terpijak paku yang dipacakkan di atas jalan, ketika sedang berjogging pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Gombak, Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, sebanyak sembilan paku telah dipacakkan di bahagian bahu jalan di tepi Jalan Persiaran Anggun, Bandar Country Homes, Rawang, di kedua-dua arah jalan tersebut.

“Kejadian pada jam 7 pagi itu mengakibatkan mangsa mengalami kecederaan di tapak kaki kiri dan tapak tangan kiri.

“Kes akan disiasat dibawah Seksyen 324 dan 283 Kanun Keseksaan, ” katanya.

Noor Ariffin berkata, motif kejadian masih dalam siasatan.

Orang awam yang mempunyai maklumat mengenai kejadian ini diminta tampil membantu siasatan atau boleh berhubung dengan pegawai penyiasat, Sarjan Mohd Hady Ismadi  Mamat di talian 012-4628994 atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak di Talian 03-61262222. – MalaysiaGazette



Source link

OR

Scroll to Top