Lelaki ditahan bergaduh dengan jiran guna parang

Lelaki ditahan bergaduh dengan jiran guna parang


GEORGE TOWN – Tidak puas hati apabila kereta penghantar makanan halang lorong rumah suspek dikatakan menjadi punca dua jiran bergaduh menggunakan senjata tajam di perkampungan Jalan Perak, Jelutong di sini, semalam.

Difahamkan, kejadian jam 11.30 pagi itu turut menyebabkan mangsa dan suspek mengalami kecederaan namun masing-masing dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Adik mangsa dikatakan telah membuat laporan polis berhubung kejadian sebelum pihak polis melakukan tangkapan ke atas suspek berusia 55 tahun itu.

Difahamkan suspek turut membuat laporan berhubung kejadian sama.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Razlam Ab Hamid mengesahkan kejadian dan memaklumkan siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, tular rakaman video berdurasi satu minit 16 saat yang memaparkan seorang lelaki bersenjatakan parang menghampiri seorang wanita yang berada di hadapan rumahnya.

Lelaki itu dilihat bertekak serta menakutkan wanita berkenaan dengan senjata dibawanya sebelum tiba-tiba keluar seorang individu dari rumah wanita itu yang bertindak mengejar dan bergaduh dengan suspek. – MalaysiaGazette



Source link

OR

Scroll to Top