hafidzul@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Pemilik akaun Facebook yang menghina agama Islam serta mengeluarkan mengandungi kata-kata kesat dan penghinaan terhadap penganut Islam.
yang tular semalam dipercayai berada luar negara.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, siasatan awal pihaknya mendapati individu terbabit kini di luar negara dan sedang mengenal pasti lokasi individu terbabit.
“Berdasarkan laporan, video berkenaan dimuat naik pada 5 Mac dan dipercayai dipadam selepas menerima kecaman orang ramai.
“Usaha mengesan suspek sedang dijalankan namun kita percaya dia berada di luar negara,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Media semalam melaporkan polis kini memburu seorang pemilik akaun Facebook yang memuat naik video menghina agama dan umat Islam.
© New Straits Times Press (M) Bhd