Lelaki maut rempuh lori berhenti di lorong kecemasan

Lelaki maut rempuh lori berhenti di lorong kecemasan


JOHOR BAHRU: Seorang penunggang maut apabila motosikalnya merempuh sebuah lori yang berhenti di lorong kecemasan di Kilometer 42.2, Lebuhraya Senai-Desaru pukul 2.45 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintenden Mohd. Sohaimi Ishak berkata, lelaki berusia 39 tahun itu disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah pada bahagian kepala.

“Lori dipandu lelaki berusia 55 tahun itu terpaksa berhenti di lorong kecemasan kerana mengalami masalah pedal minyak tersekat.

“Tidak lama selepas berhenti, dia terdengar dentuman kuat dari arah belakang lori sebelum mendapati seorang penunggang motosikal merempuh lori tersebut,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini. – UTUSAN





Source link

OR

Scroll to Top