FC Belacan laung amaran awal saingan Liga Mahkota Pekan apabila muncul juara Piala Sumbangsih 2025.
LIGA Mahkota Pekan 2025 diharapkan menjadi wadah baharu dalam membarakan semula ekosistem akar umbi bola sepak Pahang, khususnya selepas penarikan diri Sri Pahang FC daripada saingan Liga Malaysia (Liga-M) 2025/26.
Yang Dipertua Persatuan Bolasepak Daerah Pekan, Azora @ Ahmad Shamsudin, berharap Liga Mahkota Pekan ini dapat terus menjadi pentas pembakar semangat anak muda Pahang untuk bergiat aktif dalam sukan nombor satu dunia berkenaan.
Untuk rekod, saingan Liga Mahkota Pekan 2025 dihidupkan kembali setelah terhenti sementara selepas musim 2024.
Sheikh Mohamed Puzi ketika merasmikan saingan Liga Mahkota Pekan 2025.
Status saingan yang sebelum ini aktif pada 2023, namun terhenti berikutan pandemik COVID-19, kini kembali dibarakan pada musim 2025 dengan penyertaan 13 pasukan.
Majlis pelancaran Liga Mahkota Pekan yang melibatkan 13 pasukan dirasmikan oleh Ahli Parlimen Pekan, Datuk Sheikh Mohamed Puzi Sheikh Ali, di Padang Astaka Majlis Perbandaran Pekan (MPP).
Perlawanan pembuka tirai bermula dengan aksi Piala Sumbangsih, di mana juara 2023, FC Belacan, berjaya menjinakkan juara Piala FA 2023, PYC All Stars, dengan keputusan 2-1.