03 Oktober 2025 03:42pm
Masa membaca: 4 minit
Ini merupakan gelaran kedua buat Muhammad Izzat Hilmi selepas turut melakukannya pada peringkat keempat pada Rabu. Foto Bernama
PELUMBA pasukan Malaysia Pro Cycling, Muhammad Izzat Hilmi Abdul Halil berjaya meraih gelaran pelumba terbaik ASEAN pada saingan peringkat keenam Le Tour de Langkawi (LTdL) 2025 meskipun tidak berada dalam kondisi terbaik.
Pelumba kelahiran Batu Pahat Johor itu berkata, beliau merakamkan penghargaan kepada rakan sepasukan yang membantunya sehingga berjaya meraih kedudukan terbaik bagi perlumbaan hari ini.
“Walaupun kurang sihat, saya tetap cuba yang terbaik. Sasaran saya hari ini lima terbaik dan syukur Alhamdulillah, dapat nombor empat.
“Terima kasih kepada rakan sepasukan yang banyak membantu dari awal hingga akhir perlumbaan,” katanya ketika ditemui selepas perlumbaan.
Ini merupakan gelaran kedua buat Muhammad Izzat Hilmi sebagai pelumba terbaik ASEAN bagi saingan peringkat selepas turut melakukannya pada peringkat keempat (Kuala Terengganu-Kemaman) pada Rabu.
Dalam pada itu, Muhammad Izzat Hilmi berharap momentum yang dimilikinya itu dapat diteruskan untuk baki dua peringkat perlumbaan.
“Masih ada dua peringkat lagi. Kalau perlumbaan berakhir dengan pecutan beramai-ramai, saya akan cuba ambil posisi terbaik untuk naik podium,” katanya. – Bernama
Ringkasan AI
- Muhammad Izzat Hilmi Abdul Halil meraih gelaran pelumba terbaik ASEAN pada saingan peringkat keenam Le Tour de Langkawi 2025
- Beliau merupakan pelumba pasukan Malaysia Pro Cycling
- Berjaya mencapai kedudukan tersebut walaupun tidak dalam kondisi terbaik dan kurang sihat
- Ini merupakan gelaran kedua sebagai pelumba terbaik ASEAN dalam saingan tersebut
- Muhammad Izzat Hilmi berharap untuk mengekalkan momentum di dua peringkat baki perlumbaan