MA tunggu keputusan status FTAA

MA tunggu keputusan status FTAA

MA tunggu keputusan status FTAA


ferzalfie@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Olahraga Malaysia (MA) berharap isu status gabungan yang dikemukakan Persatuan Olahraga Wilayah Persekutuan (FTAA) dapat diselesaikan segera bagi membolehkan persatuan itu menjadi ahli gabungan badan induk berkenaan.

Setiausaha Agung MA, Nurharyati Karim berkata, pihaknya sangat prihatin terhadap pembangunan olahraga di Malaysia, khususnya di Wilayah Persekutuan, lebih-lebih lagi di ambang persediaan ke temasya Sea.

“Aspirasi MA adalah untuk mengambil mereka menjadi sebahagian daripada badan induk olahraga secepat mungkin.

“Kami akan menunggu maklum balas seterusnya daripada proses dengan Pesuruhjaya Sukan Malaysia (PJS),” katanya

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas pertemuan bersama Persatuan Olahraga Labuan dan wakil Kuala Lumpur hari ini.

Mengulas mengenai pertemuan itu, beliau berkata ia berjalan lancar namun tiada sebarang keputusan dibuat setakat ini.

Menurut beliau, perkara berkenaan susulan beberapa persoalan ditimbulkan oleh ahli mesyuarat yang akan dikemukakan kepada PJS untuk penjelasan lanjut.

Untuk rekod, di bawah Perlembagaan MA, pembentukan FTAA perlu merangkumi perwakilan sah dari Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, manakala proses penggabungan pula perlu melalui semakan sewajarnya oleh Majlis MA selaras dengan prosedur tadbir urus persatuan.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top