Malaysia masih jadi tarikan dalam pasaran modal serantau

Malaysia masih jadi tarikan dalam pasaran modal serantau


KUALA LUMPUR – Malaysia masih memiliki tarikan dalam kalangan pasaran modal serantau kerana keyakinan pelabur telah meningkat berdasarkan pembaharuan fiskal yang teguh dilaksanakan oleh kerajaan.

Menteri Kewangan II, Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, ia disokong oleh asas negara yang kukuh dan komitmen kerana untuk melaksanakan agenda reformasi ekonomi Madani yang telah memulihkan ekonomi negara ini.

Justeru menurut beliau, ketika ini adalah masa yang sesuai untuk institusi pihak berkepentingan untuk mengambil peranan pemangkin dalam menyokong pertumbuhan pasaran modal bagi memacu ekonomi negara ke hadapan.

“Saya gembira melihat CIMB memajukan komitmennya ke arah merangsang ekonomi dan saya yakin ia akan menyumbang kepada ekosistem yang lebih teguh terutamanya untuk pasaran modal Malaysia.

“Memandangkan ramalan ekonomi negara akan meneruskan momentum menaik, saya berharap untuk melihat lebih banyak lagi penyertaan daripada pihak berkepentingan institusi dan institusi kewangan terkemuka dalam menjadikan Malaysia destinasi pelaburan yang menarik untuk pelabur asing dan tempatan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis pelancaran CIMB Securities selepas pengambilan KAF Equities di The St. Regis di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Amir menambah,  prestasi Bursa Malaysia yang mencatat paras tertinggi juga membuktikan langkah di bawah kerangka Ekonomi Madani terus memacu keyakinan pelabur.

Beliau berkata, pencapaian Bursa Malaysia yang mencecah paras tertinggi awal minggu ini menunjukkan pengukuhan pasaran ekuiti dan ekonomi negara.

“Awal minggu ini, Bursa Malaysia telah mencecah 1,600 mata dan mencapai paras tertinggi sepanjang masa sebanyak RM2 trilion dalam pasaran modala ekuiti.

“Kemunculan semula prestasi  ini menunjukkan daya tahan yang kuat di tengah-tengah ketegangan geo-politik yang berterusan dan prestasi ini adalah bukti kekuatan pasaran kita dan ekonomi Malaysia.

“Yang penting, ia juga menunjukkan bahawa langkah pembaharuan kerajaan di bawah rangka kerja Ekonomi Madani sedang mengambil alih dan membina keyakinan pelabur,” katanya.

Pada 8 Februari lalu, CIMB Group Holdings Berhad telah menyelesaikan pengambilalihan KAF Equities Sdn. Bhd. menerusi bank pelaburannya, CIMB Investment Bank Berhad yang dijenamakan semula sebagai CIMB Securities.

Kumpulan itu berkata, pengambilalihan adalah sebahagian daripada strategi bank tersebut untuk mengembangkan keupayaan dalaman yang melengkapkan perniagaan Perbankan Borong kumpulan di Malaysia.

CIMB Securities akan menyediakan rangkaian penuh perkhidmatan ekuiti dan melengkapkan produk lain dalam francais Perbankan Borong merangkumi pembiayaan, pengur pengurusan tunai, perbendaharaan dan pasaran serta nasihat perbankan pelaburan.

la akan menggabungkan pasukan penyelidikan dan jualan tempatan yang berpengalaman dan mendalam. dengan perkongsian serantau dan global, untuk menyediakan kandungan global eta cadangan nilai kepada pelanggan CIMB. – MalaysiaGazette

 

 



Source link

OR

Scroll to Top