May 18, 2024

MOF minta orang awam waspada penipuan STR, SARA


PUTRAJAYA – Kementerian Kewangan (MOF)  menasihati orang ramai supaya tidak terpedaya dengan penipuan menggunakan talian rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA).

Dalam kenyataan itu, MOF menegaskan, tidak ada pihak lain yang dibenarkan untuk menggunakan nombor talian telefon rasmi kementerian itu.

“Pegawai kami juga tidak diberikan sebarang pelepasan untuk mengutip apa-apa bayaran daripada orang awam.

“Justeru itu, sesiapa sahaja yang menerima panggilan sedemikian dinasihatkan untuk tampil membuat laporan di balai polis,” katanya.

Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan berkenaan kedua-dua bantuan itu boleh menghubungi MOF di talian 03-8882 4565/4566 untuk mendapatkan maklumat lanjut. – MalaysiaGazette



Source link

OR

Scroll to Top