Man City ke final Piala FA kali ketiga berturut-turut

Man City ke final Piala FA kali ketiga berturut-turut


London: Manchester City menewaskan Nottingham Forest 2-0 di Wembley, hari ini untuk mara ke final Piala FA buat kali ketiga berturut-turut.

Jaringan daripada Rico Lewis dan Josko Gvardiol terus menghidupkan harapan City untuk menjulang trofi musim ini.

Lewis membuka jaringan dalam tempoh dua minit apabila dia menerima hantaran daripada Mateo Kovacic sebelum diberikan ruang dan masa untuk melepaskan rembatan ke penjuru bawah gawang, sekali gus mendiamkan penyokong Forest.

Kemasukan Anthony Elanga pada separuh masa kedua hampir mengubah rentak permainan untuk Forest.

Namun dia gagal memanfaatkan peluang keemasan apabila cubaannya sedikit tersasar selepas menerima hantaran Callum Hudson-Odoi.

City segera menghukum kegagalan itu lima minit kemudian apabila Gvardiol menanduk masuk gol kedua hasil sepakan sudut.

Forest hampir merapatkan kedudukan apabila cubaan Morgan Gibbs-White dan pemain gantian, Taiwo Awoniyi masing-masing terkena palang, namun City mengawal permainan dengan tenang hingga tamat perlawanan.

City kini akan berdepan Crystal Palace yang menewaskan Aston Villa 3-0 pada aksi final pada 17 Mei nanti.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top