Hojlund watak penting ketika Manchester United menjinakkan Bodo/Glimt. – Foto: Agensi
GERGASI Liga Perdana Inggeris, Manchester United bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan kelab Norway, Bodo/Glimt 3-2 dalam Liga Europa di Stadium Old Trafford.
Tiga mata diraih merupakan kemenangan pertama The Red Devils di bawah pengendali baharu Ruben Amorim selepas diikat Ipswich Town 1-1 di Stadium Portman Road dalam aksi liga 25 November lalu.
Manchester United terlebih dulu mendahului pada minit pertama selepas penjaga Nikita Haikin, gagal menafikan rembatan jarak dekat Alejandro Garnacho hasil bantuan gol Rasmus Hojlund.
Bagaimanapun Superlaget bimbingan Kjetil Knutsen kembali menyamakan kedudukan seterusnya memimpin permainan dengan dua gol selepas itu.
Rembatan Hakon Evjen minit ke-19 diikuti penyudah tajam Philip Zinckernagel minit ke-23 membolehkan Bodo/Glimt mendahului 2-1 separuh masa pertama.
Separuh masa kedua. anak buah Amorim kembali bertenaga bermula dengan sentuhan Hojlund yang menterjemahkan bantuan gol Noussair Mazraoui minit ke-45.
Hojlund juga sekali lagi muncul watak penting ketiga meledak gol kemenangan buat Manchester United setelah menyempurnakan sentuhan Manuel Ugarte pada minit ke-50.
Tiga mata itu membolehkan Manchester United berada di kedudukan ke-12 dengan sembilan mata manakala Bodo/Glimt pula tangga 17 selepas masing-masing mengharungi lima perlawanan.
Manchester United selepas ini akan melayan kunjungan Everton di Old Trafford dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris pada Ahad.