June 24, 2024

Manchester United tidak boleh ulangi kesilapan sama lagi


MANCHESTER United tidak lagi boleh mengulangi kesilapan sama seperti ketika seri 2-2 berdepan Bournemouth dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Vitality.

Itu peringatan tonggak pertahanan The Red Devils, Diogo Dalot sekiranya kelab berpengaruh liga Inggeris tersebut mahu menjulang kejuaraan Piala FA musim ini.

United, yang menentang Coventry City pada 21 April dalam separuh akhir Piala FA, tidak pernah menang dalam empat perlawanan liga terakhir tergelincir ke tangga ketujuh pada Sabtu.

Bruno Fernandes menyamakan kedudukan dua kali untuk menyelamatkan keputusan seri 2-2 yang tidak meyakinkan selepas gol Dominic Solanke dan Justin Kluivert meletakkan Bournemouth di depan.

Pada perlawanan itu, United ‘membenarkan’ Bournemouth melakukan terlalu banyak percubaan ke gawang yang menyaksikan pelawat mempunyai 20 berbanding lapan buat United.

Skuad bimbingan Erik Ten Hag telah menjaringkan 47 gol musim ini, yang paling rendah dalam kalangan 10 pasukan teratas dalam kedudukan, dan bolos 48 gol.

“Ia sesuatu yang kami perlu perbaiki kerana ia tidak cukup baik untuk tahap kelab ini.

“Kita perlu bertanggungjawab, kita tidak boleh berselindung daripadanya. Standard sentiasa tinggi di kelab ini.

“Kami perlu bertanggungjawab atas jenis kesilapan yang kami lakukan sebagai sebuah pasukan yang tidak boleh kami lakukan jika kami mahu bertarung untuk trofi besar.

“Kami mempunyai peluang besar untuk berada di final Piala FA,” kata Dalot ketika ditanya selepas United membenarkan lawan melakukan banyak percubaan ke gawang.

United mengumpul 50 mata daripada 32 perlawanan liga mengekori pasukan tangga keenam Newcastle United dengan perbezaan gol.

INFO

PIALA FA

Separuh Akhir

AHAD (21 APRIL)

Manchester City lwn Chelsea

(Stdm Wembley, 12.15 tengah malam)

Manchester United lwn Coventry City

(Stdm Wembley, 10.30 malam)



Source link

OR

Scroll to Top